• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Sasar 41 PPR Seluruh Negara Jalani Sanitasi Awam

oleh
02/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan pelaksanaan program Sanitasi Awam untuk nyah cemar bagi menyekat penularan koronavirus (Covid-19) di 41 kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, sasaran itu akan dicapai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKD) yang ketika ini berkuat kuasa sehingga 14 April.

“Ketika ini, operasi projek rintis dilaksanakan di sekitar Lembah Subang yang dijangka selesai Selasa depan.

“Kita akan buat operasi di 41 PPR seluruh negara. Untuk menjayakan program ini, kita dibantu pelbagai agensi di bawah KPKT. Kita mahu penduduk PPR juga bebas daripada Covid-19,” katanya selepas hadir Program Sanitasi Covid-19 di PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang 1 di sini hari ini.

Zuraida berkata, proses itu dilakukan menerusi tiga kaedah iaitu semburan di luar rumah, semburan kabus dan mengelap.

“Bagi semburan kabus dan mengelap, ia dilakukan di dalam rumah. Proses nyah cemar di dalam rumah menggunakan cecair disinfeksi berbeza kerana ia tidak mengandungi alkohol dan selamat untuk penghuni,” katanya.

Katanya, sebanyak lapan blok mengandungi 3,004 unit di PPR Taman Putra Damai menjalani proses berkenaan, dengan 25 peratus daripada penduduk mahu proses sanitasi turut dilakukan di dalam rumah masing-masing.

Pada masa sama, katanya, projek rintis di PPR itu adalah bertujuan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang juga akan diguna pakai bagi program sama di PPR lain.

“Kita ada tiga pasukan. Untuk satu blok ambil masa sehari. Setiap petugas akan bekerja maksimum empat jam. Saya dapati gerak kerja teratur setakat ini,” katanya.

Menurut Zuraida, pihaknya juga menerima tawaran daripada syarikat korporat yang ingin turut serta menjalankan proses nyah cemar di 800,000 unit kediaman di seluruh negara.

“Kita juga akan tumpukan kepada projek perumahan lain, selain daripada PPR bagi memenuhi kuota 800,000 unit tajaan syarikat ini,” katanya.

Ditanya mengenai pertemuan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam bagi membincangkan SOP penyemburan nyah cemar, Zuraida berkata, perbincangan berjalan lancar dan perkara berbangkit telah selesai.

“Prosedur dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) sepanjang operasi nyah cemar di kawasan awam sebelum ini adalah mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan dan tidak lari sedikit pun daripada SOP berkenaan,” kata Zuraida.

Tegasnya, pihak KPKT akan mendedahkan SOP berkenaan kepada umum bagi memastikan tidak timbul sebarang spekulasi mengenai operasi apabila masyarakat faham dan berpuas hati dengan keseluruhan prosedur itu.

Tags: Covid-19KPKTnyah cemaroperasi sanitasi awamPPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming melabelkan pihak yang membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai...

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd