• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Import Covid-19 Sumbang Gelombang Ketiga?

oleh
02/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JANGKAAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa Malaysia mencapai puncak jumlah kes positif koronavirus baharu (Covid-19) pertengahan bulan ini selari dengan ramalan gelombang ketiga oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia lebih-lebih lagi selepas pihaknya mengesan kes jangkitan import wabak itu.

Beliau berkata, kes jangkitan import dikesan apabila rakyat negara ini kembali dari luar negara.

“Itu sebabnya, kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan pelaksanaan PKP, kita boleh terus mengesan dengan aktif, terutama di kawasan titik panas.

“Ia membolehkan kami mengesan pesakit lebih awal, mengasing dan merawat mereka.

“Jangkaan kami mungkin dalam tempoh dua minggu yang penting ini, jika semua bersama-sama memainkan peranan dengan duduk di rumah, mengamalkan jarakan sosial, membasuh tangan, dalam tempoh ini, (graf jangkitan Covid-19) kita boleh melandai lengkok (menurun),” katanya pada sidang media harian Covid-19, di Putrajaya, hari ini.

Ditanya sama ada saringan yang dilakukan mencukupi, Dr Noor Hisham berkata, ketika ini Malaysia berada pada kadar 7.2 peratus iaitu kira-kria 10 peratus pada tanda arad ditetapkan oleh WHO.

Katanya, sebelum ini, WHO mengeluarkan laporan setiap 10 ujian yang dijalankan ada satu kes positif baru ia mencapai tanda aras ditetapkan.

“WHO mengeluarkan laporan jika kita laksanakan ujian dan banyak kes positif, ia bermakna masih banyak kes dalam komuniti.

“Kalau tengok ujian kita 43,462 dan kes positif sebanyak 3,116 atau 7.2 peratus, kira-kira 10 peratus. Ini bermakna kita sama dengan tanda aras WHO,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, WHO dilaporkan berkata, berdasarkan data yang ada, Pejabat WHO Negara menganggarkan Malaysia menunjukkan jumlah tertinggi pesakit di hospital pada pertengahan April.

Ketua misi merangkap wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Ying-Ru Lo, berkata jumlah pesakit kritikal di negara ini dijangka meningkat minggu depan.

Malaysia mempunyai jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi di Asia Tenggara dengan 2,908 kes yang disahkan dan sudah mengeluarkan larangan perjalanan bagi membendung penularan koronavirus baharu itu. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMperintah kawalan pergerakanwho
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd