• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

oleh Mynewshub
10/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) terdiri daripada lantikan kontrak.

Ahli Dewan Negara, R. A. Lingeshwaran mendakwa, ia berdasarkan data sehingga 31 Disember 2025 yang menunjukkan terdapat seramai 27,481 anggota lantikan kontrak di KKM.

Dakwa beliau, sebanyak 5,576 anggota lantikan kontrak itu adalah daripada pelbagai skim perkhidmatan dalam Kumpulan Pelaksana.

Ujar beliau, kerajaan mempunyai obligasi moral dan undang-undang untuk melantik petugas paramedik terbabit, terutama graduan Institut Latihan KKM (ILKKM) yang terikat dengan perjanjian latihan untuk berkhidmat dengan kerajaan.

“Sebagai contoh, terdapat 953 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran berstatus kontrak berbanding jumlah keseluruhan 6,161 kakitangan dalam KKM bagi jawatan tersebut pada tahun 2024.

“Ini bermakna lebih 15 peratus daripada tenaga kerja ini mungkin tidak mempunyai jaminan jawatan tetap. Begitu juga Penolong Pegawai Perubatan, hampir 14 peratus daripada 20,763 kakitangan di KKM masih berstatus kontrak,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Lingeshwaran berkata, kegagalan menyediakan perancangan jawatan tetap yang teliti bukan sahaja menjejaskan kebajikan petugas kesihatan terbabit, malah meletakkan sistem kesihatan awam dalam risiko.

Kata beliau, sekiranya perancangan jawatan tetap tidak dilakukan secara proaktif, kerajaan mungkin terpaksa menyemak semula terma kontrak sedia ada.

Bagaimanapun, katanya, langkah tersebut membawa risiko besar berlakunya brain drain (penghijrahan cendekiawan) ke sektor swasta atau luar negara.

“Serta akan menyebabkan kadar enrolmen yang rendah dalam institusi latihan kerajaan pada masa hadapan kerana hilangnya daya tarikan kerjaya dalam perkhidmatan awam.

“Saya menggesa KKM dan agensi pusat untuk menyelaraskan pengisian jawatan tetap dengan lebih agresif bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan negara tidak terganggu dan nasib kumpulan sokongan ini terus terbela,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lingesh RA

Tags: Ahli Dewan NegaraFasiliti Kesihatan AwamKementerian KesihatanKKMlantikan kontrakPekerja sokongan kritikalR. A. Lingeshwaran
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd