• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Pengurusan Emosi Dan Tekanan Dilancarkan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, pelbagai isu emosi seperti tekanan perasaan, ekonomi dan kemurungan melanda masyarakat terutamanya terhadap rumahtangga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, atas sebab itu TV Al-Hijrah bersama rakan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Majalah Pa&Ma dan Majalah Keluarga menerusi kempen #MUSAADAHCOVID19 memulakan inisiatif baru iaitu MyCareCoV19.

Menurutnya, inisiatif ini khusus untuk memberikan khidmat bimbingan kerohanian, nasihat perundangan dan pengurusan emosi buat rakyat Malaysia merentasi agama dan bangsa.

“Program MyCareCoV19 akan bersiaran sebagai segmen dalam rancangan bual bicara pagi Assalamualaikum di TV Al-Hijrah setiap hari, di antara jam 8 hingga 9.30 pagi bermula 13 April 2020.

“Penonton boleh menghubungi talian 03-22602412 untuk berkongsi rasa jiwa bersama pakar-pakar yang kita bawa setiap hari di dalam rancangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKP yang bermula pada 18 Mac lalu sudah memasuki fasa ketiga sehingga 28 April nanti bagi memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19). – Sinar Harian

Tags: Amerika SyarikatCovid-19kematian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd