• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Akibat COVID-19 Seluruh Dunia Terus Meningkat

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Pandemik COVID-19 sudah mengorbankan 45,719 penduduk dunia sejak ia mula tersebar Disember lalu di China, menurut statistik dikeluarkan AFP daripada sumber rasmi hari ini.

Lebih daripada 905,580 kes jangkitan disahkan di 187 negara dan wilayah sejak bermulanya penularan wabak berkenaan.

Bagaimanapun, angka kes jangkitan itu cuma mewakili sebahagian daripada jumlah sebenar memandangkan kebanyakan negara masih melakukan ujian saringan terhad kepada mereka yang memerlukan rawatan lanjut di hospital.

Berdasarkan statistik dikeluarkan dua hari lalu, lebih 4,708 kematian dengan 77,241 kes baharu direkodkan di seluruh dunia.

Negara yang merekodkan kematian terbanyak dalam masa 24 jam lalu adalah Amerika Syarikat (AS) dengan 1,035 disahkan meninggal dunia, diikuti Sepanyol seramai 864 dan Itali (727).

Itali yang merekodkan kes kematian pertama berkaitan COVID-19 di negara itu pada penghujung Februari lalu, setakat ini melaporkan 13,155 kematian dengan kes jangkitan keseluruhan sebanyak 110,574.

Selepas Itali, negara yang turut terjejas teruk berikutan COVID-19 adalah Sepanyol dengan 9,053 kematian daripada kes keseluruhan sebanyak 102,136, AS dengan 4,476 kematian daripada 203,608 kes, Perancis dengan 4,032 kematian daripada 56,989 kes dan China yang angka korbannya mencecah 3,312 daripada 81,554 kes keseluruhan.

Sejak Selasa lalu, negara seperti Congo, Oman, Slovakia, Botswana, Senegal dan El Salvador turut mengumumkan kematian pertama berkaitan dengan COVID-19.

Ketika ini, kes kematian dan jangkitan di kebanyakan negara terus melonjak, antaranya di Eropah merekodkan 33,245 kematian daripada 490,484 kes.

Bagi kes COVID-19 di Amerika Syarikat dan Kanada, angka kematiannya sebanyak 4,587 daripada keseluruhan 213,134 kes.

Di Asia pula sebanyak 3,942 kes kematian dicatatkan daripada keseluruhan 110,570 kes. Manakala di Asia Barat, lebih 3,160 kematian daripada 59,541 jumlah kes jangkitan.

Di Amerika Selatan dan Caribbean angka kematiannya adalah 538 daripada 20,083 kes.

Selain itu, Afrika turut terkesan dengan 223 kematian daripada 6,198 kes, manakalaOceania mengesahkan 24 kematian daripada 5,579 kes berkaitan pandemik COVID-19. – Agensi

Tags: Covid-19kematianpenduduk dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus susulan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd