Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

PRN Johor : MCA...

PETALING JAYA – MCA mengumumkan parti itu telah berjaya memenangi tiga kerusi Dewan...

Serang Gaza, Israel Mahu...

SERANGAN ke atas Gaza oleh rejim Zionis baru-baru ini ialah sebahagian kempen pembersihan...

Luahan ‘Sweet’ Anak Joy...

USAHAWAN ini pernah mengejutkan industri tanah air apabila sah bercerai dengan penyanyi, Hafiz...

Potong Alat Kelamin Lelaki...

NEW DELHI - Dua lelaki di negeri Madhya Pradesh, India telah memotong alat...

Dr Nur Amalina Anggotai Pasukan Kajian Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR – Pelatih pakar bedah Imperial College London (Imperial), Dr Nur Amalina Che Bakri menganggotai pasukan pengujian vaksin COVID-19 pertama di United Kingdom (UK).

Perkara itu diumumkan Dr Nur Amalina di Twitternya, semalam.

“Ujian vaksin UK pertama sudah bermula di NIHR Imperial Clinical Research Facility @imperialcollege yang diketuai Dr Katrina Pollock.

“Saya akan terbabit dalam merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi mereka vaksin dalam beberapa minggu akan datang ini,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, pengujian di pusat kajian Imperial itu membabitkan satu daripada dua vaksin.

”Usaha yang hebat daripada pasukan Imperial dan kami sangat teruja untuk melihat hasilnya,” katanya.

BACA : WHO BAGI AMARAN MUSIBAH COVID-19

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Dr Nur Amalina turut berkongsi ciapan @ImperialMed berhubung pencarian sukarelawan yang akan terbabit.


UK ketika ini menyediakan dana sebanyak 22.5 juta euro untuk mempercepatkan kajian vaksin COVID-19 yang dilakukan Imperial.

Penyelidikan itu diketuai Profesor Robin Shattock di Bahagian Penyakit Berjangkit dan dana itu akan digunakan untuk penyelidikan satu daripada dua vaksin coronavirus.

Pemberian dana khas itu diumumkan Setiausaha Kesihatan UK Matt Hancock yang turut menjelaskan, penyelidikan oleh Imperial dan Universiti Oxford adalah usaha terbaharu dalam menangani wabak global itu.

Pasukan Profesor Shattock sejak awal Februari lalu sudah menguji vaksin dan penemuan awal terhadap haiwan yang diuji mendapati vaksin itu mampu meneutralkan antibodi bagi menentang SARS-CoV-2.

Ketika ini, pasukan terbabit sedang menghasilkan vaksin seterusnya dan akan menguji sama ada ia akan menghasilkan tindak balas yang serupa terhadap manusia, seterusnya berjaya melindungi daripada COVID-19. – BH Online

Kategori