Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Cerai Dengan DAP Selaras...

KOTA BHARU - Tindakan Pas memutuskan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan...

Liga Juara-Juara: Hanya Setapak...

LIVERPOOL melangkah setapak lagi untuk mara ke saingan akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan...

Isu Air, Elektrik Di...

PUTRAJAYA - Isu bekalan air bersih dan elektrik yang membelenggu penduduk luar bandar...

Video Serangan Seksual Cetus...

RABAT - Satu rakaman video seorang wanita muda diserang secara seksual oleh sekumpulan...

COVID-19: WHO Beri Amaran Musibah Bakal Terjadi

GENEVA – Pemimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa musibah bakal terjadi berhubung COVID-19 susulan tindakan beberapa negara mula melonggarkan peraturan khusus bagi membasmi pandemik itu.

Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus, bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut mengenai sebab beliau percaya virus yang sudah menjangkiti 2.5 juta penduduk dan meragut lebih 166,000 nyawa di seluruh dunia itu boleh menjadi lebih buruk.

Beliau dan beberapa pakar lain sebelum ini memberi petunjuk akan kemungkinan COVID-19 tersebar di benua Afrika yang sistem kesihatannya masih kurang membangun.

“Percayalah. Perkara lebih buruk menanti kita.

“Mari kita berusaha mencegah tragedi ini. Ia adalah virus yang masih tidak difahami ramai orang,” katanya kepada wartawan di ibu pejabat WHO, di sini, semalam.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Sesetengah negara Asia dan kerajaan di Eropah mula melonggarkan beberapa langkah perintah berkurung seperti kuarantin, penutupan sekolah dan perniagaan serta larangan untuk berhimpun, dengan memberikan penurunan jumlah kes atau kematian sebagai faktor.


Tedros dan agensi pimpinannya berada dalam keadaan tegang selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada minggu lalu mengarahkan pendanaan negara itu kepada WHO dihentikan.

AS adalah penyumbang dana terbesar kepada agensi kesihatan bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Trump antara lain mendakwa WHO gagal berkongsi dan bersikap telus dalam penyaluran maklumat mengenai wabak itu sejak ia dikesan di China pada akhir tahun lalu.

“Tidak ada sebarang rahsia di WHO kerana merahsiakan perkara seperti ini amat berbahaya. Ia adalah soal kesihatan dan keselamatan manusia sejagat,” katanya. – Agensi

Kategori