• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Umum Agihan Keuntungan Selepas Zakat 3.05%

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat pada kadar 3.05 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Ia membabitkan agihan berjumlah RM2.1 bilion, iaitu RM1.2 bilion lebih tinggi berbanding RM900 juta bagi tahun kewangan 2018.

Agihan keuntungan yang lebih baik ini didorong oleh prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik, berasaskan strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemat.

Bagi tahun kewangan 2019, TH berjaya menjana pendapatan pelaburan berjumlah RM3.3 bilion, yang mana sejumlah RM1.2 bilion telah diperolehi dalam suku keempat.

Secara keseluruhan, pendapatan pelaburan yang dijana TH adalah lebih stabil dengan pelaburan aset pendapatan tetap menjana 58 peratus pendapatan atau sebanyak RM1.9 bilion, manakala pelaburan hartanah, ekuiti dan instrumen pasaran wang Islam masing-masing menyumbang RM500 juta (15 peratus), RM500 juta (15 peratus) dan RM400 juta (12 peratus).

Perubahan strategi pelaburan TH kepada aset pelaburan yang lebih stabil turut mengurangkan tekanan akibat keadaan pasaran saham yang tidak menentu, yang antara lainnya, berpunca daripada ketegangan perang dagangan di peringkat global.

Pada 31 Disember 2019, kedudukan kewangan TH kekal stabil dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM2.9 bilion (sebelum agihan keuntungan kepada pendeposit) berdasarkan jumlah aset RM74.3 bilion dan jumlah liabiliti RM71.4 bilion.

Dengan pengurusan kos yang berhemat, TH mencatat keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2019 berjumlah RM1.9 bilion, iaitu peningkatan 19 peratus atau RM300 juta berbanding RM1.6 bilion bagi tahun kewangan lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, berkata agihan keuntungan yang diisytihar TH adalah lebihan keuntungan pelaburan setelah mengambil kira perbelanjaan dan bantuan kos haji, bayaran zakat dan kos pengurusan.

“Oleh yang demikian, pendeposit TH bukan saja mendapat manfaat pulangan keuntungan ke atas simpanan mereka, malah turut menyumbang secara langsung dalam membantu jemaah haji Malaysia menunaikan rukun Islam kelima dan golongan asnaf dalam menjaga kebajikan mereka.

“TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan oleh yang demikian, pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterimanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan bermula 16 Mac 2020 menerusi kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat atau di ATM Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

Semakan juga boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang www.thijari.com.my dan portal internet Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank. – BH Online

Tags: agihan keuntunganTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd