• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peserta Ijtima Dunia 2020 Tunjuk Gejala Awal Covid-19

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKASSAR – Seorang peserta acara himpunan tabligh, Ijtima Dunia 2020 Zon Asia di Indonesia dirujuk ke Hospital Haji Makassar di Sulawesi Selatan selepas mengalami gejala demam panas.

Gabenor Sulawesi Selatan, Nurdin Abdullah berkata, lelaki terbabit ialah warga tempatan dari Nusa Tenggara Timur.

“Sehingga sekarang belum ada laporan ada peserta Ijtima Dunia 2020 menjadi suspek Covid-19.

“Tapi Pengarah Pejabat Kesihatan Daerah memaklumkan terdapat peserta himpunan yang mengalami demam panas. Pesakit terbabit telah dirujuk ke hospital dan dalam pemantauan rapi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Nurdin turut memaklumkan bahawa seramai 411 warga asing yang terlibat dalam perhimpunan tersebut bakal dikuarantin sebelum dibenarkan kembali ke negara asal.

Tambahnya, polis telah dikerah mengasingkan kesemua peserta di sebuah hotel dan melarang mereka melakukan kontak rapat dengan penduduk tempatan.

“Seramai 411 orang daripada enam negara diarah menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Selepas tempoh itu, mereka akan dihantar ke pelabuhan atau lapangan terbang untuk pulang ke negara masing-masing.

“Bagi peserta tempatan pula, mereka turut dikuarantin di Asrama Haji dan segala keperluan akan disediakan,” katanya.

Beliau turut meminta penduduk Sulawesi Selatan tidak panik dengan situasi semasa di wilayah itu kerana pihak berkuasa telah mengambil tindakan wajar bagi mengekang penularan Covid-19.

Semalam, pegawai wilayah mengesahkan Ijtima Dunia 2020 Zon Asia anjuran Tabligh Jama’at di Gowa berdekatan bandar Makassar itu dihadiri hampir 10,000 peserta.

Acara himpunan membabitkan ribuan masyarakat Islam di Sulawesi Selatan itu turut dihadiri peserta luar negara termasuk dari Thailand, Timur Tengah, India, Filipina dan Malaysia. – Agensi

Tags: Covid-19Ijtimak TablighIndonesia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.