• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Kongsi Kandungan Surat Untuk Bertemu Mahathir

oleh
11/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkongsi intipati surat yang telah dikirimkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menyatakan hasrat bertemu bekas perdana menteri itu.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di Perdana Putra hari ini, Muhyiddin berkata beliau menyatakan kesediaan bertemu Dr. Mahathir pada bila-bila masa demi kepentingan negara. 

“Pertama, saya doa Tun dan keluarga sihat walafiat …yang kedua paranya, saya kata sekiranya dalam tempoh beberapa hari lalu perkara-perkara yang telahpun dilakukan menyinggung perasaan Tun, saya mohon maaf.

“Para ketiga saya mohon kalau ada masa untuk saya bertemu dengan Yang Amat Berbahagia Tun, tapi telah terima jawapan beliau kata belum sampai masa untuk berjumpa,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau juga mahu Dr. Mahathir untuk memberikan pengiktirafan terhadap kerajaan yang baharu dibentuk.

“Kami telah bentuk kerajaan ini dan mahu Tun (Dr. Mahathir) untuk mengiktiraf kerajaan, iaitu kerajaan untuk rakyat. Ia (kerajaan baharu) adalah sah, ia adalah berperlembagaan,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin turut berterima kasih kepada Dr. Mahathir yang menyatakan kerajaan di bawah kepimpinannya akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

Perdana menteri berkata tumpuan kini adalah untuk mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional bagi memastikan rakyat terus mendapat manfaat. 

“Tun kata Kabinet ini akan bertahan sehingga diadakan pilihan raya umum akan datang, terima kasih kepada Tun atas komen beliau itu.

“Rakyat berharap bahawa kerajaan ini akan berkhidmat dengan baik dan kami berjanji bahawa kami akan berkhidmat dengan baik. Jika anda mahu diadakan pilihan raya mengejut, saya tidak mahu itu (pilihan raya mengejut). Ini bukan masa yang sesuai …kami berada di sini untuk berkhidmat. Saya harap semua orang bukan hanya Tun sahaja, untuk memberikan dorongan kepada kami semua untuk melakukan yang terbaik untuk semua,” katanya.

Dalam laporan media hari ini, Dr. Mahathir dilaporkan berkata kerajaan yang dipimpin Muhyiddin dijangka mampu untuk bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tags: Mahathir MohamadMuhyiddin Yassinperikatan nasionalPRU15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu

PN Versi PAS Singkir Pemimpin Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan penstrukturan semula pentadbiran PN berkuat kuasa serta-merta sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd