• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
MP Perikatan Nasional Terkejut Abdul Hadi Muncul Di Parlimen – Ismail Salleh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh memuat naik satu hantaran di media sosial yang menyentuh reaksi Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) terhadap kemunculan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Hantaran bertajuk “MP Perikatan Nasional Terkejut Bila Marang Hadir Parlimen” itu turut menyentuh soal usia, tahap kesihatan serta kehadiran Ahli Parlimen Marang itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

Menurut kandungan hantaran berkenaan, Abdul Hadi yang hampir mencecah usia 80 tahun didakwa berdepan masalah kesihatan sehingga menjejaskan kehadirannya ke Parlimen.

Hantaran itu turut menyentuh keputusan Presiden PAS untuk terus bertanding pilihan raya walaupun dalam keadaan kesihatan beliau dan ketidakhadirannya ketika pembentangan Belanjawan 2027.

“Namun dalam keadaan sebegitu beliau tetap bertanding dan menang. Lalu pilihan apa yang beliau selain dari ponteng berpanjangan kerana kesihatan yang tidak mengizinkan hatta pada hari pembentangan budget 2027,” menurut hantaran tersebut.

Hantaran itu turut menggambarkan suasana apabila Abdul Hadi secara tiba-tiba muncul di Parlimen sehingga mencetuskan reaksi dalam kalangan wakil rakyat PN.

“Tiba-tiba hari ini beliau muncul di Parlimen, apa lagi MP Perikatan Nasional sangat-sangat terkejut dan pakat-pakat berkerumun ambik gambar,” menurut hantaran berkenaan.

Hantaran tersebut diakhiri dengan ungkapan, “Itulah sebuah kisah kehidupan rakyat, berlaku di nagaraku Malaysia” – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dato Dr Ismail Salleh

Tags: Abdul HadiIsmail SallehMPmunculParlimenperikatan nasionalterkejut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gelombang biru mewarnai suasana di Parlimen apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO tampil mengenakan...

Jimmy Puah Pengerusikan Kamar Khas Parlimen

Jimmy Puah Pengerusikan Kamar Khas Parlimen

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse daripada Pakatan Harapan (PH) diberi kepercayaan untuk mempengerusikan prosiding Kamar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd