• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Airlines Tawar Cuti Tanpa Gaji 13,000 Kakitangan

oleh
12/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seramai 13,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad diminta mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda negara sekali gus menjejaskan operasi syarikat penerbangan tersebut.

Menurut laporan theedgemarkets.com, tawaran tersebut dibuka kepada semua kakitangan syarikat penerbangan itu di mana mereka perlu mengambil tiga bulan cuti tanpa gaji atau lima hari cuti tanpa gaji setiap bulan, sekurang-kurangnya selama tiga bulan bermula April depan.

Tawaran program cuti tanpa gaji sukarela itu juga diperluaskan kepada semua kakitangan di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) seperti MAB Kargo, perkhidmatan penyelenggaraan MAB Engineering, Firefly dan MASwings.

MAG adalah syarikat induk kepada MAS, Firefly, MASwings, MAB Kargo, AeroDarat Services Sdn. Bhd., MAB Academy, perkhidmatan catar penerbangan umrah dan haji, Amal, perkhidmatan penyelenggaraan MAB Engineering dan pajakan pesawat.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail memaklumkan, pihaknya akan mengurangkan 10 peratus daripada gaji pengurusan kanannya serta mengurangkan elaun mereka.

Menurutnya, pemotongan kos itu adalah untuk menampung permintaan yang lemah bagi perjalanan udara akibat wabak Covid-19 yang menghalang momentum pertumbuhan syarikat.

“Kita perlu bersatu untuk memerangi krisis ini. Ia telah sembilan minggu, aliran tunai bukan sahaja menjejaskan MAG tetapi juga industri (penerbangan) secara keseluruhan.

“MAG tidak terlepas daripada semua ini. Ia bukan sahaja menjejaskan syarikat penerbangan tetapi juga hotel, peruncit, tempat pasaran dan pusat membeli-belah. Oleh itu, tindakan drastik perlu diambil oleh kita semua,” katanya menerusi video berdurasi lebih tujuh minit kepada kakitangan MAG pada Selasa lalu.

Izham turut memberitahu, pada suku pertama tahun ini sahaja, pihaknya mengurangkan sebanyak 7.1 peratus kapasiti penerbangan dan menggantung lebih daripada 1,600 penerbangan.

“MAS juga mengurangkan laluan ke China sebanyak 53 peratus serta ke Korea Selatan dan Jepun sebanyak 23 peratus.

“Dalam keadaan krisis ini, lebih banyak penerbangan akan dibatalkan kerana kurang permintaan dari pasaran. Landskap industri kini sudah berubah,” kata Izham.

Izham berkata, banyak syarikat penerbangan global juga terpaksa menjalankan langkah pemotongan kos untuk mengekalkan aliran tunai dan ia termasuk Emirates, Cathay Pacific, Singapore Airlines (SIA) dan Malindo Air. – Sinar Harian

Tags: Covid-19cuti tanpa gajikoronavirusMABMalaysia Airlines
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Covid-19: Tak Perlu Hentikan Solat Jumaat

Next Post

COVID-19: Perjalanan Eropah Ke AS Digantung 30 Hari

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

COVID-19: Perjalanan Eropah Ke AS Digantung 30 Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd