• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Airlines Kecualikan Fi Perubahan Tarikh

oleh
13/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd. (MAB) memperkenalkan dasar perubahan ke atas tiket penerbangan yang paling fleksibel, menawarkan pengubahsuaian tanpa had dan percuma kepada semua tempahan baharu dan sedia ada, berkuat kuasa serta-merta berikutan kesan penularan Covid-19.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata semua pelanggan boleh memanfaatkan perubahan tanpa had bagi tarikh penerbangan mereka dengan pengecualian fi perubahan tarikh dan mereka juga boleh mengubah suai destinasi, dengan sebarang perbezaan tambang akan dikecualikan.

“Dasar ini terpakai bagi tiket yang dikeluarkan pada dan sebelum 31 Mac, 2020. Semua tempahan semula perlu dibuat pada atau sebelum 31 Mei, 2020. Perjalanan balik bagi tempahan semula itu perlu dibuat sebelum atau pada 31 Disember 2020,” menurut syarikat itu menerusi kenyataan hari ini.

MAB berkata, tempahan semula perlu dibuat di Pejabat Jualan Tiket Malaysia Airlines atau menerusi Pusat Hubungan Global Malaysia Airlines di talian 1-300-88-3000 (di Malaysia) atau +603 7843 3000 (di luar Malaysia) selain melalui ejen yang dilantik Malaysia Airlines.

Selain itu, penumpang yang ingin berlepas lebih awal pada hari berlepas yang sama boleh berbuat demikian, dan ia bagi perjalanan di antara 13 Mac dengan 21 Mei, 2020, tertakluk kepada kebolehsediaan, menurut MAB.

Tags: Covid-19Malaysia Airlinestiket penerbangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pramugara Popular Hafeez Al Bukhary Meninggal Dunia Selepas Bertarung Kanser Tahap Empat

Pramugara Popular Hafeez Al Bukhary Meninggal Dunia Selepas Bertarung Kanser Tahap Empat

02/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SHAH ALAM – Pramugara Malaysia Airlines yang dikenali ramai di media sosial, Hafeez Al Bukhary Zulkefly, meninggal dunia...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd