• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Minta Maaf, Tarik Balik Kenyataan Terhadap Hadi

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menarik balik kata-kata yang dilontarkan dalam siaran langsung di laman Facebook semasa di Terengganu iaitu “Presiden PAS sudah tidak centre” merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) turut meminta maaf kerana mengeluarkan kata-kata berbentuk serangan itu terhadap Presiden PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di sini, Khalid berkata, beliau telah dihubungi oleh penasihat umum Amanah iaitu Datuk Seri Ahmad Awang yang menasihatkannya supaya menarik balik kenyataan berbentuk serangan peribadi terhadap Abdul Hadi.

“Serangan peribadi iaitu ialah”Presiden PAS tidak centre” apabila Abdul Hadi berkata sesiapa ingin belajar politik Islam boleh rujuk kepada PAS.

“Saya tarik balik dan meminta maaf. Saya tidak berniat pun buat serangan peribadi dan tidak ada untungnya buat serangan peribadi,” kata Khalid.

Bagaimanapun, menurut Khalid beliau mempertahankan hujahnya bahawa PAS bukanlah model politik Islam terutamanya merujuk kepada perkembangan politik mutakhir ini yang menyaksikan parti itu bekerjasama dengan UMNO dan Bersatu untuk membentuk kerajaan yang didakwa oleh Khalid sebagai kerajaan pintu belakang.

Kelmarin Khalid membuat laporan polis di Terengganu mendakwa beliau telah diprovok oleh para penyokong PAS yang marah kerana kata-kata “Presiden PAS tidak centre”.

Dakwa Khalid kumpulan penyokong fanatik itu telah mengikut beliau sehingga ke perkarangan balai polis bagaimana mereka beredar atas arahan pihak polis. – MalaysiaGazette

Tags: Abdul Hadi AwangAmanahKhalid SamadPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd