• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Menteri Melaka Ditamatkan Perkhidmatan

oleh
03/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mengesahkan perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri Melaka sudah ditamatkan sejak 4 petang semalam.

Adly berkata, makluman itu disampaikan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob kepadanya dengan alasan ia adalah arahan daripada ‘pihak atasan’.

Menurutnya, sejak semalam beliau masih belum ke pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, namun difahamkan barangannya sudah dikemaskan.

“Saya dimaklumkan perkhidmatan saya sebagai Ketua Menteri Melaka ditamatkan 4 petang semalam.

“Saya tidak melepaskan jawatan berkenaan setakat ini dan akan lihat dari sudut Perlembagaan dan undang-undang.

“Namun, terpulang kepada mereka (Ahli Dewan Undangan Negeri) untuk menentukan majoriti siapa yang akan dipilih sebagai Ketua Menteri,” katanya dalam sidang media yang disiarkan menerusi Facebook (FB) rasminya, hari ini.

Dalam pada itu, Adly mengulangi pendiriannya agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat dijalankan bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan.

Katanya, adalah tidak adil apabila mandat yang diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebelum ini bertukar tangan hanya disebabkan tindakan beberapa ADUN.

“Kerajaan ini tidak boleh ditentukan oleh tiga atau empat orang saja (ADUN). Ini adalah tindakan yang tidak wajar dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

“Saya tahu kuasa mutlak terletak pada Tun Mohd Khalil Yaakob (untuk bubarkan DUN). Peralihan kuasa perlu ikut Perlembagaan dan undang-undang,” katanya yang juga ADUN Bukit Katil.

Sementara itu, Adly memaklumkan PH akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan lebih lanjut tindakan ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dari DAP dan ADUN Rembia, Muhammad Jailani Khamis dari PKR yang menyatakan sokongan terhadap Perikatan Nasional. – myMetro Online

Tags: Adly ZahariKetua Menteri Melakapakatan harapan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ekonomi Johor Merosot Tangga Keenam Ketika Ditadbir PH, Onn Hafiz Pulihkan Ekonomi Johor

Ekonomi Johor Merosot Tangga Keenam Ketika Ditadbir PH, Onn Hafiz Pulihkan Ekonomi Johor

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata prestasi ekonomi Johor yang kembali mencatatkan pertumbuhan tertinggi...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd