• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Saya Selalu Ulang Benda Yang Sama?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kenapa Saya Selalu Ulang Benda Yang Sama?
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menjelaskan mengapa beliau sering mengulangi perkara sama dalam ucapannya khususnya membabitkan isu kepentingan rakyat.

Menurutnya, sesuatu perkara yang memberi kesan kepada rakyat perlu sentiasa diingatkan supaya maklumat yang disampaikan dapat difahami dengan jelas dan tepat.

“Kenapa saya selalu ulang benda yang sama? Sebab perkara yang melibatkan kepentingan rakyat, memang kena selalu kita ingat dan ulang supaya maklumat yang diperoleh jelas dan tepat,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Terdahulu, Adly memaklumkan, beliau menghadiri Ceramah Perdana PH di Bukit Baru, malam tadi yang menurutnya mendapat kehadiran ramai penduduk Melaka.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan supaya politik tidak menjadikan sentimen perkauman sebagai alat sehingga mengganggu keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sementara itu, media hari ini melaporkan PH Melaka mengesahkan pembahagian kerusi antara parti komponennya di peringkat negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai.

Adly dilaporkan berkata, susunan terakhir kerusi berkenaan akan dimuktamadkan selepas perbincangan antara Majlis Presiden PH, PH Melaka dan Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Adly Zahari

Tags: Adly ZahariBenda Yang SamaKenapaSayaSelaluUlang
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

‘Saya Makan Cekodok Dan Rojak Pun Mereka Kepanasan’ – Akmal Saleh

‘Saya Makan Cekodok Dan Rojak Pun Mereka Kepanasan’ – Akmal Saleh

10/11/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyindir pihak tertentu yang didakwanya tidak senang melihat beliau mendekati...

‘Saya Dulu Jadi Penceramah Bebas Dapat RM80, Beri Mak RM10’ – Mufti Wilayah Persekutuan

‘Saya Dulu Jadi Penceramah Bebas Dapat RM80, Beri Mak RM10’ – Mufti Wilayah Persekutuan

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil berkongsi pengalaman ketika mula menjadi penceramah bebas selepas pulang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd