• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Petrol RON95 Boleh Turun RM1.32 Seliter?

oleh
09/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJATUHAN mendadak harga minyak dunia susulan perang harga di antara pengeluar utama minyak dunia iaitu Arab Saudi dan Russia berkemungkinan menyaksikan harga runcit minyak, terutama RON95 berpotensi turun sehingga RM1.32 seliter, demikian mengikut MIDF Research, lapor BH Online.

Bagaimanapun, bahagian penyelidikan ekuiti itu berkata, kejatuhan harga komoditi itu akan memberi lebih banyak kesan negatif kepada Malaysia berbanding positif memandangkan negara adalah pengeksport minyak.

Dalam notanya hari ini, MIDF Research berkata, dari sudut positif harga runcit minyak terutama RON95 mungkin akan menurun sehingga RM1.32 seliter jika purata harga penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$35 setong.

Situasi itu akan akan menyebabkan kadar inflasi kekal rendah dan menyokong penggunaan domestik.

“Dari sudut negatif pula, penyusutan harga minyak dunia ini akan memberi tekanan kepada kapasiti fiskal Malaysia memandangkan Belanjawan 2020 sebelum ini dirangka berdasarkan andaian harga minyak ialah AS$62 setong.

“Kerajaan yang baru terbentuk kali ini dilihat berkemungkinan besar akan menyemak semula Belanjawan 2020 dan kita mungkin boleh lihat akan berlaku pengurangan dalam perbelanjaan dan pelaburan kerajaan,” katanya.

Bagi sektor perlombongan, MIDF Research berkata, pihaknya berpandangan yang sektor terbabit akan terus perlahan di tengah-tengah permintaan yang lemah dan kejatuhan mendadak harga minyak dunia.

“Pertumbuhan perlahan di dalam sektor perlombongan akan menjejaskan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan ketara disebabkan oleh kandungan nilai tambahnya yang tinggi.

“Pada tahap ini kami menjangkakan yang pertumbuhan KDNK akan berada di bawah tekanan pada tahun 2020,” katanya. – myMetro Online

Tags: harga minyak duniaKDNKmidf researchRON95
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia dilaporkan merosot selepas Iran mengumumkan pembukaan penuh Selat Hormuz kepada semua kapal komersial sepanjang...

Harga RON95 Kekal, RON97 Naik RM4.55 Seliter, Diesel Naik RM4.72 Seliter

Harga RON95 Kekal, RON97 Naik RM4.55 Seliter, Diesel Naik RM4.72 Seliter

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan harga runcit petrol RON97 meningkat kepada RM4.55 seliter berkuat kuasa 19 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd