• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Negeri Sembilan Pun Cuma Dapat Subsidi 200 Liter Sebulan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Rakyat Negeri Sembilan Pun Cuma Dapat Subsidi 200 Liter Sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Rakyat Negeri Sembilan diingatkan mereka tidak terkecuali daripada penyelarasan kuota subsidi petrol RON95 yang telah dikurangkan daripada 300 kepada hanya 200 liter sebulan bermula 1 April lalu.

Penyelarasan itu bermakna tiada layanan berbeza diberikan kepada Negeri Sembilan walaupun negeri itu ditadbir oleh kerajaan negeri yang dikatakan selari dengan kerajaan Persekutuan.

Pengarah Komunikasi Pemuda Barisan Nasional (BN), Neow Choo Seong berkata, keadaan ekonomi rakyat di Negeri Sembilan malah semakin dihimpit dengan dasar subsidi RON95 yang dicatu.

“Kuota dikurangkan daripada 300 liter kepada hanya 200 liter. Ini memberi kesan langsung kepada ribuan penduduk Negeri Sembilan yang berulang-alik setiap hari untuk bekerja di Kuala Lumpur dan luar kawasan berikutan kurangnya peluang pekerjaan di negeri sendiri.

“Kuota yang dicatu ini sama sekali tidak mencukupi dan amat membebankan perbelanjaan harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Dalam pada itu, Choo Seong berkata, Pakatan Harapan (PH) telah diberikan peluang untuk mentadbir, tetapi gagal memanfaatkannya sepenuhnya, malah terlalu banyak janji manis tidak ditunaikan.

Beliau turut mengingatkan satu undi untuk PH bermakna satu undi untuk menyokong pelaksanaan sistem e-invois, peluasan skop SST dan banyak lagi dasar yang akan lebih merumitkan serta menekan kos sara hidup rakyat dan peniaga kecil.

“Kami di BN membawa penyelesaian, bukan retorik. Mari kita bangunkan semula Negeri Sembilan, pulihkan infrastruktur, dan kembalikan kestabilan yang dirampas.

“Esok, 24 Julai 2026, BN akan mengumumkan Manifesto BN Negeri Sembilan dan percayalah ia adalah tawaran terbaik untuk Negeri Sembilan. Ini adalah masa terbaik untuk warga Negeri Sembilan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: 200 literCatudasarkerajaan negerikuotaMenekanMenghimpitNeow Choo SeongPengarah Komunikasi Pemuda Barisan Nasional (BN)PersekutuanPRN Negeri SembilanRakyat Negeri SembilanRON95Subisidi
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Kerajaan Negeri Hanya Ada MB Tanpa EXCO Sesuatu Yang Pelik – Anthony Loke

Kerajaan Negeri Hanya Ada MB Tanpa EXCO Sesuatu Yang Pelik – Anthony Loke

13/10/2026
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan keadaan sebuah kerajaan negeri yang hanya mempunyai Menteri Besar tanpa...

Dasar Pendidikan Percuma Telah Dibincangkan Secara Panjang Lebar – Adam Adli

Dasar Pendidikan Percuma Telah Dibincangkan Secara Panjang Lebar – Adam Adli

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sudah memulakan pelaksanaan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada kelompok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd