• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Menginsafi Masih Banyak Perlu Dilaksanakan Kerajaan Madani” – PMX Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
“Saya Menginsafi Masih Banyak Perlu Dilaksanakan Kerajaan Madani” – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau menginsafi bahawa masih banyak yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Madani untuk rakyat dan negara.

Menurut beliau, ia bukan sahaja momentum pertumbuhan kekal lestari, tetapi kekayaan dan kemajuan negara dapat dikecapi bersama oleh seluruh rakyat.

“Melalui pendapatan yang lebih bermakna, peluang pekerjaan yang bermutu serta bantuan kepada golongan rentan.

“Insya-Allah, Kerajaan Madani akan kekal pada landasan reformasi untuk mengangkat darjat rakyat dan mengukuhkan asas ekonomi tanah air yang tercinta,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Perdana Menteri melahirkan rasa syukur angka Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara melonjak sebanyak enam peratus pada suku kedua 2026.

Menurut beliau, pencapaian itu dikecapi negara tatkala ekonomi dunia semakin perlahan akibat krisis bekalan global dan pergolakan di Asia Barat,

Kata beliau, pertumbuhan itu mengatasi jangkaan pasaran sekali gus mencatat prestasi pertumbuhan suku kedua paling kukuh di luar tempoh pandemik sejak 2014.

“Kekuatan ini dimungkinkan oleh ikhtiar Kerajaan Madani untuk memastikan kehidupan rakyat terbanyak tidak terjejas teruk oleh tempias inflasi dunia rentetan krisis di Asia Barat.

“Selain bantuan seperti Budi MADANI, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA), banyak yang telah diusahakan Kerajaan Madani di sebalik tabir untuk mengawal harga serta memastikan bekalan terus mencukupi,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: 6 peratusBUDI MADANIDatuk Seri Anwar IbrahimKDNKKerajaan MadaniMasih BanyakMenginsafiPerdana MenteriPerlu DilaksanakanSARASTR
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd