• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: UiTM, UTP Laksana Pengajaran Dalam Talian

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) hari ini mengeluarkan pekeliling khas supaya pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara dalam talian.

Keputusan itu dibuat sebagai usaha mengawal dan mengekang penularan coronavirus (COVID-19).

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata Pekeliling Naib Canselor itu berkuat kuasa serta-merta bagi semua UiTM seluruh negara.

“Kita buat keputusan pagi ini, kita akan mengedarkan pekeliling hari ini ke seluruh sistem bagi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

“Keputusan ini melihat kepada keadaan semasa tempat wabak ini menular, tambahan pula ada kakitangan dan pelajar terbabit dengan perhimpunan di Sri Petaling, maka kita mahu melindungi kakitangan dan pelajar lain.

“Kuliah secara dalam talian hampir 70 hingga 80 peratus sudah dilaksanakan tapi hari ini kita buat keputusan menyeluruh.

“Keputusan diambil bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan melihat kepada keadaan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dengan UTP di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif UTP, Profesor Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib; Timbalan Naib Canselor Akademik UTP, Profesor Dr Hilmi Mukhtar dan Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM, Profesor Dr Sohaimi Zakaria.

Mohd Azraai berkata, UiTM mengenal pasti 15 kakitangan dan 23 pelajar menyertai perhimpunan di Sri Petaling baru-baru ini.

“Kita arahkan mereka ke Pusat Kesihatan UiTM dan Alhamdulillah, semua negatif tetapi kita letakkan mereka dalam pengawasan di rumah,” katanya.

Mengenai penangguhan konvokesyen UiTM yang sepatutnya dijadualkan pada 24 sehingga 31 Mac ini, beliau berkata, UiTM akan mengadakannya Ogos ini tetapi belum ada tarikh khusus kerana bergantung kepada keadaan semasa.

Sementara itu, Mohamed Ibrahim mengesahkan UTP mengambil pendekatan sama sebagai langkah berjaga-jaga.

“Hari ini kita keluarkan pekeliling kepada pelajar dan kakitangan UTP, setakat ini untuk seminggu sahaja tetapi akan buat keputusan seterusnya.

“Kita buat kuliah dalam talian kerana kebanyakan pelajar datang dari sekitar Kuala Lumpur, ada yang ulang-alik. Takut kalau tidak dikawal akan jadi lebih teruk.

“Setakat ini dua kakitangan dikenal pasti berada dalam kuarantin di rumah, sudah diarah menjalani rawatan dan menunggu keputusan Pesakit Dalam Siasatan (PUI). Alhamdulillah, belum ada yang positif,” katanya. – BH Online

Tags: coronavirusCovid-19UiTMUTP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd