• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

558 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari India

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 558 orang rakyat Malaysia selamat tiba di Malaysia dari Chennai dan Tiruchirappalli (Trichy), pagi tadi dengan tiga buah pesawat sewa khas AirAsia.

Pengerusi Pasukan Petugas COVID-19 Kementerian Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata seramai 186 orang rakyat Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) dari Chennai pada jam 5.50 pagi melalui penerbangan AK-013.

Seramai 372 orang lagi tiba dari Trichy melalui penerbangan AK-22 dan AK-28 masing-masing pada jam 5 pagi dan 6.40 pagi.

“Penerbangan ketiga-tiga pesawat AirAsia yang membawa pulang rakyat Malaysia itu dibiayai sepenuhnya oleh MIC.

“Wisma Putra merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan, kerjasama dan keprihatinan MIC dalam membantu usaha kerajaan membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di India.

“Setakat ini, MIC sudah membantu Kerajaan membawa seramai 1,119 orang rakyat Malaysia yang terkandas di India, termasuk tiga bayi,” katanya dalam satu kenyataan.

Kamarudin yang juga Timbalan Menteri Luar, berkata semua rakyat Malaysia yang dibawa pulang itu perlu menjalani proses kuarantin secara sukarela selama 14 hari sebagaimana ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hingga kini seramai 1,679 orang rakyat Malaysia masih terkandas di India dan Kementerian Luar akan terus giat berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia yang masih terkandas di negara itu dapat kembali ke tanah air dengan segera.

Sementara itu, Kamarudin berkata, seramai 109 rakyat Malaysia yang terkandas di Kemboja, tiba di tanahair jam 9 malam dengan pesawat MH763 milik Malaysia Airlines (MAS).

Enam orang warga Kemboja pulang dan tiba di Kemboja pada jam 5.30 petang dengan pesawat MH762 milik MAS.

“Saya ingin memaklumkan, hasil kerjasama erat Wisma Putra dengan Kerajaan Kemboja, rakyat Malaysia dan Kemboja yang terkandas di kedua-dua negara akan dapat pulang ke negara masing-masing.

“Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya berterima kasih kepada Kerajaan Kemboja kerana sentiasa memberi komitmen serta berganding bahu dengan Malaysia demi memastikan urusan kepulangan rakyat Malaysia dan Kemboja yang terkandas ini dipermudahkan.

“Saya juga berterima kasih kepada Syarikat T7 Global Berhad kerana sudi menanggung kos penerbangan pulang ini sebagai tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada negara,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19Indiarakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd