• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Terlepas Jana Untung Besar Bila Jual Tanah TRX

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) terlepas peluang untuk menjana keuntungan besar apabila mengambil keputusan menjual tanahnya di TRX sebagai sebahagian pelan pemulihan badan tersebut, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau turut membuat perbandingan dengan sebuah lagi syarikat pembinaan, WCT Holdings Bhd. (WCT) yang turut membeli sebidang tanah dengan keluasan yang sama dengan aset milik TH tetapi pada harga yang lebih tinggi.

Najib memetik kenyataan para penganalisis yang mengatakan projek milik syarikat swasta itu adalah bagus.

Malah projek kondominium bernilai RM1.1 bilion milik WCT itu dikatakan memiliki harga yang munasabah sedangkan kerajaan Pakatan Harapan membatalkan projek berkenaan manakala TH pula bertindak menjual tanah tersebut.

“Sangat memalukan apa yang terjadi dengan kes Tabung Haji..Ya Allah lindungi kami.”

“Itulah tweet daripada seorang artis pada tahun 2015 apabila keluar berita bahawa Tabung Haji membeli sebidang tanah TRX (berkeluasan) 1.6 ekar dengan harga RM188.5 juta untuk projek pembinaan kondo,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Najib, kerajaan Barisan Nasional ketika itu memberi peluang kepada TH untuk menjana keuntungan yang lebih baik dengan menjual tanah TRX di bawah harga pasaran.

“Peluang untuk Tabung Haji mengaut keuntungan lebih tinggi untuk projek ini terlepas manakala syarikat swasta WCT terus mengaut keuntungan besar dari projek RM1.1 bilion mereka di atas tapak tanah TRX yang saiznya sama besar bersebelahan tanah yang dulunya milik TH.

“Masa dulu, kita beri peluang untuk Tabung Haji menjana keuntungan lebih dengan menjual tanah TRX di bawah harga pasaran supaya Hibah kepada pendeposit akan lebih tinggi sedikit tetapi kita dituduh merompak Tabung Haji pulak.

“Ya, kita difitnah oleh banyak pihak masa itu termasuk artis walaupun niat kita baik.

“Siapa lagi antara kawan-kawan FB saya juga termakan fitnah dan propaganda PH tentang tanah TRX Tabung Haji masa itu?” katanya lagi.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, TH hanya menjual aset-asetnya yang tidak memberikan pulangan yang baik dan menggunakan duit jualan tersebut untuk melabur dalam cara lain yang memberikan pendapatan yang lebih baik. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun RazakTabung HajiTun Razak Exchange
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd