• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Henti Terima Surat Perjalanan Kumpulan Malaysia

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapura akan berhenti menerima Surat Perjalanan Kumpulan daripada rakyat Malaysia yang ingin memasuki Singapura, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) republik itu memaklumkan, ia bagi mengukuhkan keselamatan dan kecekapan pelepasan imigresen di pusat-pusat pemeriksaan di Singapura.

Menurutnya, Surat Perjalanan Kumpulan itu adalah dokumen perjalanan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia kepada kumpulan lima ke 20 warga Malaysia, sebagai pengganti pasport.

“Bagaimanapun, dokumen itu menimbulkan kebimbangan keselamatan kerana ia memudahkan perkongsian satu dokumen perjalanan oleh pelbagai pelancong,” menurut ICA dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain Surat Perjalanan Kumpulan dari Malaysia, ICA tidak menerima apa-apa dokumen perjalanan kumpulan dari negara lain.

Pihak berkuasa itu menyatakan bahawa apabila ia bergerak ke arah penggunaan lebih banyak automasi dan biometrik pelbagai mod untuk pelepasan, surat perjalanan itu menimbulkan kebimbangan operasi kerana ia memerlukan kemasukan data secara manual bagi semua butiran pelancong menyebabkan masa pelepasan yang lebih lama.

“Pemegang Surat Perjalanan Kumpulan Malaysia juga tidak dapat menggunakan lorong automatik. Oleh itu, kami tidak akan menerima dokumen perjalanan ini untuk pelepasan imigresen di pusat-pusat pemeriksaan bermula 1 Januari 2021,” katanya.

ICA menggesa pelancong Malaysia yang menggunakan Surat Perjalanan Kumpulan supaya memohon pasport sekiranya merancang untuk Singapura bermula 1 Januari 2021.

ICA menyatakan pihak berkuasa itu telah memaklumkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia mengenai rancangannya untuk menghentikan penggunaan surat perjalanan itu bagi pelepasan imigresen dan akan bekerjasama dengan jabatan berkenaan bagi pelaksanaannya. 

Tags: rakyat MalaysiaSingapurasurat perjalanan kumpulan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

Bekerja Sepenuh Masa, Tetapi Hujung Bulan Duit Tak Cukup Realiti Rakyat Malaysia – Tengku Zafrul

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bekerja sepenuh masa, tetapi hujung bulan duit tak cukup. Inilah realiti yang sedang dihadapi ramai rakyat Malaysia,"...

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd