• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Berhak Jatuhkan Pemimpin Bawa Dasar Tak Baik

oleh
20/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat bertanggungjawab menjatuhkan pemimpin yang gagal membawa dasar yang baik untuk negara.

Menurutnya, ia sebagaimana sistem demokrasi yang memberi kuasa kepada rakyat untuk menentukan pemimpin berdasarkan prestasi mereka.

“Kita tidak boleh jamin bahawa dasar yang baik sekalipun yang telah berjalan sekian lama akan diteruskan apabila kita menukar kerajaan.

“Ini adalah risiko yang kita hadapi kerana kita harus ingat adakalanya dasar yang diadakan itu buruk dan kita menunggu-nunggu untuk mengadakan PRU (pilihan raya umum) supaya kita dapat turunkan pemimpin yang buruk ini untuk diganti dengan yang baik,” katanya ketika sesi dialog Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 2020 di Pusat Belia Antarabangsa di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan salah seorang peserta program yang bertanya tentang sejauh mana jaminan program MFLS akan dikekalkan sekiranya bertukar kerajaan.

Dr. Mahathir berkata, pertukaran dasar adalah disebabkan kepimpinan yang baharu lebih cenderung untuk memperkenalkan cara sendiri.

“Apabila saya buat keputusan untuk letak jawatan pada 2002 saya percaya pada ketika itu rancangan yang berjaya akan diteruskan supaya kejayaan akan berterusan sehingga kita mencapai matlamat kita wawasan 2020 menjadi negara maju.

“Tetapi saya lihat apabila saya letak jawatan ada pertukaran daripada segi pemikiran dan juga dasar..pertukaran ini disebabkan oleh kepimpinan baharu yang biasanya ingin memperkenalkan caranya sendiri.

“Dengan itu kita lihat kemerosotan berlaku. Ditukar pula kepada pemimpin yang lain. Sekali lagi ada pertukaran,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Mahathir Mohamadpakatan harapanpemimpin politikrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd