• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PERKESO Tarik Balik Syarat Baharu Kemudahan Dialisis

oleh
06/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menarik balik arahan kemudahan dialisis perlu mengikut syarat baharu kelayakan caruman yang ditetapkannya, berkuat kuasa serta merta.

PERKESO berkata, penarikan balik arahan itu membolehkan kesemua pencarumnya yang layak, termasuklah penerima bantuan ilat menerima kemudahan bantuan dialisis secara percuma seperti mana sebelum ini.

“Selepas mempertimbangkan kebajikan pencarum dan saranan daripada (Yang Berhormat) Menteri Sumber Manusia, Lembaga PERKESO mengambil keputusan untuk menarik balik arahan itu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

PERKESO menjelaskan, melalui Arahan AKSP Bil. 1/2020 yang berkuatkuasa pada 10 Januari lalu, kemudahan dialisis perlu mengikut syarat baharu kelayakan caruman yang ditetapkan.

Katanya, syarat itu selari dengan prinsip perlindungan sosial dan kemampanan dana keselamatan sosial untuk masa hadapan.

“Arahan itu masih membolehkan sebilangan besar pencarum PERKESO untuk terus menikmati kemudahan dialisis, akan tetapi terdapat sebahagian daripada pencarum yang tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Perkara ini pastinya akan membebankan pesakit buah pinggang, apatah lagi pembiayaan bagi rawatan dialisis adalah terhad pada ketika ini,” katanya.

Bulan lalu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa PERKESO menarik balik syarat baharu yang akan mengehad atau menafikan pencarum daripada rawatan dialisis percuma kerana langkah itu disifatkan tidak berperikemanusiaan.

Setiusaha Agung MTUC, J Solomon berkata, tindakan PERKESO meminda syarat kelayakan itu akan menjejaskan penerima dan pencarum baharu menghidap kegagalan ginjal kronik yang berdaftar di bawah Skim Pencen Ilat, Bantuan Ilat serta Insuran Bencana Pekerjaan.

“Keputusan PERKESO mengehad atau menafikan rawatan dialisis percuma kepada pemohon baharu, paling kejam kerana ia menjejaskan pekerja paling miskin,” katanya. – BH Online

Tags: dialisisPerkeso
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

PERKESO Jenama Semula 4 Skim Sebagai LINDUNG

22/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini menjenamakan semula empat skim di bawahnya yang dikenali sebagai LINDUNG dalam langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd