• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Dakwa Perjanjian Peralihan Kuasa Tak Sah

oleh
17/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS mendakwa perjanjian peralihan kuasa Perdana Menteri di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak sah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perjanjian yang dikatakan wujud itu dibuat pada 7 Januari 2018 iaitu sebelum Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurutnya, perjanjian tersebut dipercayai menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri yang kini disandang Dr. Mahathir.

“Sekiranya benar-benar wujud, ia bercanggah dengan undang-undang dan tidak sah kerana dibuat sebelum 9 Mei 2018 iaitu tarikh Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa melalui PRU14.

“Adalah ganjil perjanjian dibuat sebelum pihak-pihak yang dikatakan mengikat perjanjian tersebut mendapat dan mempunyai kuasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Takiyuddin berkata, isu peralihan kuasa yang hangat diperkatakan dalam kalangan pemimpin PH itu juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan boleh dianggap mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, berdasarkan Perkara 40 (2) dan 43 (2) (a), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara mutlak untuk melantik perdana menteri dalam kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti.

“Dalam hal melantik Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong tidak memerlukan nasihat dari mana-mana pihak apatah lagi desakan dan tekanan seumpama yang jelas kelihatan dilakukan oleh PH sekarang.

“PAS tetap berpandangan apabila Perdana Menteri yang sedang berkhidmat dipertikaikan kedudukannya hanya usul undi percaya dalam Dewan atau Akuan Bersumpah (SD) di luar dewan sahaja boleh menentukan sama ada beliau masih mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Usul undi percaya di Dewan walaupun suatu perkara yang belum pernah berlaku namun ianya bukanlah tidak sah,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadPASPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd