• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang perlu di hormati oleh Kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, sejak dulu dan sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan, setiap Perdana Menteri meluluskan pelbagai projek termasuk prasarana, pendidikan, kesihatan, keselamatan di negeri itu.

Beliau menyenaraikan pembangunan KESEDAR pada era Tun Abdul Razak Hussein, Tok Bali, Lebuhraya Rantau Panjang dan Jambatan Pasir Mas ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad serta Universiti Malaysia Kelantan dan ECER pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, kelulusan ECRL dan Jambatan Palekbang pula dibuat ketika era Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, manakala Central Spine Highway dilaksanakan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pembesaran lapangan terbang pada zaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kini di era PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) stesen bas diluluskan. Alhamdulillah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Annuar turut mengingatkan bahawa Kelantan menyumbang tanah untuk pelbagai kementerian dan agensi, tenaga mahir, pentadbir, cukai serta hasil minyak dan gas bernilai berbilion ringgit kepada Kerajaan Persekutuan.

Beliau berharap tanggungjawab Persekutuan terhadap negeri terus dipertahankan, selain pilihan rakyat dalam sistem demokrasi berparlimen dihormati.

Dalam hantaran berasingan, beliau bagaimanapun menyindir penganjuran majlis penyerahan surat kelulusan projek berkenaan.

“Pertama kali Perdana Menteri buat majlis ‘serah surat’ lulus projek,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Annuar Musa

Tags: Annuar MusaEra PMXMajlis Serah Surat Lulus ProjekPerdana MenteriPertama KaliStesen Bas Diluluskan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd