• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mujahid Tak Wajar Berselindung Di Sebalik Blogger – Asyraf

oleh
18/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof untuk berdialog bersama secara ilmiah bagi membincangkan isu-isu skandal melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Hasrat itu dinyatakan Asyraf menerusi hantaran di Facebook hari ini susulan dakwaannya yang dilihat ‘kurang senang’ dengan tindakan Mujahid yang tidak serius memperjelaskan isu berkaitan TH.

“Wahai kekandaku Dr. Mujahid (Yusof), sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 10 Akta Tabung Haji 1995, tampillah secara bermaruah untuk memperjelaskan isu yang menyentuh institusi tersebut.

“Tidak wajar selamanya bergantung kepada blogger mahupun tentera cyber upahan untuk menjawab bagi pihak Tabung Haji mahupun YB Menteri dalam hal berkaitan TH.

“Rakyat terutamanya 9.4 juta pendeposit TH berhak mengetahui kedudukan sebenar TH dan isu-isu berkaitan dengan pemberhentian operasi hotel-hotel TH dan banyak lagi isu termasuk jualan lambak aset-aset dan hartanah TH,” tulisnya.

Asyraf berkata, jika benar sekalipun alasan blogger upahan bahawa penjualan aset-aset dan hartanah TH secara lambak berpunca daripada ‘skandal dan penyelewengan’, maka janganlah takut untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebagaimana janji 100 hari manifesto PH.

Katanya, lagipun sehingga hari ini selepas hampir dua tahun pemerintahan PH, tiada seorang pun individu yang didakwa berkaitan TH.

“Sekali lagi saya menjemput Mujahid untuk kita berdialog secara ilmiah berkaitan isu-isu skandal TH sebagaimana yang didakwa.

“Tapi, janganlah pula hantar Pengerusi LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) untuk mencabar saya berdebat. Ini perkara serius melibatkan hal ehwal TH bukannya berkaitan hal ehwal pengurusan ikan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Asyraf Wajdi DusukiMujahid Yusof RawaTabung HajiTH Hotel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd