• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Khalil Nasihat Adly Terus Mentadbir Melaka

oleh
27/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob menasihatkan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari untuk meneruskan tugas mentadbir kerajaan negeri Melaka.

Kata Adly, nasihat itu telah diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka itu ketika beliau bertemu dengannya semalam.

Katanya, Mohd Khalil juga menasihatkan beliau supaya terus fokus melaksanakan amanah yang diberikan dan tugas-tugas mentadbir kerajaan negeri, supaya kebajikan rakyat terus terjaga.

“Saya memang punyai pertemuan (dengan Mohd Khalil) sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri. Politik semasa semalam juga dibincangkanm yang mana Tuan Yang Terutama Tun (Mohd Khalil) menasihatkan supaya terus fokus mentadbir.

“Memanglah ditanya status kerajaan negeri itu, kita kekalkan status quo sedia ada,” katanya pada sidang media Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka dan Hari Bertemu Rakyat, di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini hari ini.

Ditanya tentang situasi sokongan semasa terhadap kerajaan negeri, beliau berkata kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), masih memegang status quo kerana pada masa ini masih memperoleh sokongan daripada 15 Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka untuk kekal.

Adly berkata apa saja proses termasuk menukar kerajaan negeri, harus mengikut perlembagaan negeri di mana Yang Dipertua Negeri Melaka punya kuasa muktamadnya.

“Kita tunggu sahaja buat masa ini, saya nasihatkan semua termasuk barisan exco, supaya melaksana tugas seperti biasa untuk kita menjaga rakyat. Pada masa ini situasi politik semasa tidak memberi impak besar kepada negeri terutama sektor pelancongan itu berjalan seperti biasa,” katanya.

PH Melaka mentadbir kerajaan negeri dengan 15 kerusi DUN berbanding BN memiliki 13 yang mana semuanya daripada UMNO. Daripada 15 kerusi DUN dimenangi PH, lapan (DAP), tiga (PKR), Amanah dan Bersatu masing-masing menang dua kerusi DUN pada PRU14 yang lepas.

Sementara itu, Adly berkata Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijadual 6 hingga 11 Mac ini, ditangguh ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Beliau berkata keputusan itu dibuat ekoran situasi politik negara pada masa ini dan bagi memberi ruang bagi membolehkan keadaan politik semasa kembali stabil.

“Kita mengambil kira (keadaan) semasa politik ini di peringkat pentadbiran persekutuan dan negeri jadi sidang DUN ini, kita memerlukan masa sedikit ke depan supaya kestabilan politik itu dapat kita lakukan. Kita akan maklumkan tarikhnya sebab tarikh sidang DUN ini ada beberapa tempoh ditetapkan,” katanya.

Tags: Adly ZahariKetua Menteri Melakapakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Johor Merosot Tangga Keenam Ketika Ditadbir PH, Onn Hafiz Pulihkan Ekonomi Johor

Ekonomi Johor Merosot Tangga Keenam Ketika Ditadbir PH, Onn Hafiz Pulihkan Ekonomi Johor

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata prestasi ekonomi Johor yang kembali mencatatkan pertumbuhan tertinggi...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd