• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Kedua Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Wuhan Diteruskan

oleh
25/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Misi kedua bagi membawa pulang 75 warganegara Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di Wuhan, wilayah Hubei, China, susulan wabak COVID-19 di negara itu tetap akan dilaksanakan meskipun kemelut politik melanda negara.

Menurut jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pesawat khas AirAsia akan membawa pulang kesemua mereka dan penerbangan dari Wuhan dijangka tiba esok (26 Februari) pukul 6.00 pagi.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata Kementerian Luar dan NADMA dengan kerjasama AirAsia sedang menguruskan butiran mengenai misi kedua berkenaan.

Wan Azizah berkata, sama seperti misi pertama, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semua penumpang akan melalui saringan kesihatan di Unit Kecemasan Udara (ADU) sebelum dihantar ke Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) untuk proses pemantauan selama 14 hari.

Misi yang pertama digerakkan kerajaan Malaysia pada 4 Februari lepas berjaya membawa pulang 107 rakyat Malaysia yang terkandas di wilayah Hubei, terdiri daripada 88 rakyat Malaysia dan 19 lagi adalah pasangan serta anak mereka yang bukan warganegara.

Tags: ChinaCovid-19rakyat Malaysiawuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

Saya ‘Bukti Hidup’ DAP Untuk Semua Rakyat Malaysia – Syahredzan

22/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mendakwa beliau merupakan 'bukti hidup' DAP sebuah parti untuk rakyat Malaysia. Menurutnya, ramai...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd