• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 2 Hektar Hutan Di Bukit Bendera Terbakar

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lebih dua hektar hutan di kawasan antara Bukit Bendera ke Kek Lok Si, Air Itam dekat sini terbakar berikutan pembakaran terbuka longgokan pokok yang ditebang di situ malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Pooh berkata pihak bomba menerima panggilan berhubung kebakaran itu kira-kira 7.12 malam sebelum pasukan tersebut terus ke lokasi dan sehingga 10.30 malam ini api masih marak.

“Selain pihak bomba, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) turut terlibat dalam operasi memadam kebakaran hutan itu, setakat ini saya difahamkan lebih dua hektar telah terbakar. PBS terpaksa menggunakan motosikal untuk ke lokasi berhampiran hutan yang terbakar itu sebelum berjalan kaki kerana tiada laluan untuk kawasan tersebut,” katanya di sini, malam ini.

Beliau berkata api merebak begitu cepat berikutan angin kuat dan pihak bomba sedang berusaha memadam kebakaran supaya ia tidak terus merebak ke kawasan hutan di atas bukit tersebut.

Phee berkata berdasarkan maklumat awal kebakaran itu berlaku disebabkan pembakaran terbuka longgokan pokok yang ditebang di kawasan itu sebelum berlaku kemerebakan berikutan angin bertiup kuat.

“Kami sedang mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang membakar longgokan pokok dalam kawasan hutan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong Muzamer Mohd Salleh berkata kebakaran itu melibatkan hutan tebal dan tiada jalan ke lokasi serta pihak bomba terpaksa berjalan kaki mendaki ke kawasan yang terbakar.

“Terdapat empat spot kebakaran dengan anggaran keluasan setiap spot adalah satu hektar dan tindakan kami adalah berjalan kaki mendaki ke lokasi kebakaran serta membuat kerja pemadaman dengan menggunakan pemerap api dan jet shooter,” katanya.

Selain itu, asap tebal turut dapat dilihat dari jarak hampir 10 kilometer dari kawasan Bukit Bendera. Difahamkan kawasan yang terbakar itu jauh dari lokasi rumah penduduk di kawasan peranginan Bukit Bendera.

Tags: Bukit BenderaKebakaran hutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Koronavirus Jadi Cabaran Baru Penganjur LTdL 2020

Next Post

6 Kes Baharu Koronavirus Di Singapura, 4 Jangkitan Tempatan

Related Posts

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

03/03/2024
0

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan...

Warga Asing Ditahan, Cabul Rakan Sekerja Di Bilik Stor Sejuk Beku

Harga Tiket Bukit Bendera Naik Tidak Jejas Pelancong Tempatan

02/03/2024
0

GEORGE TOWN - Kenaikan kadar tiket untuk perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera yang bermula Mei depan tidak...

Next Post

6 Kes Baharu Koronavirus Di Singapura, 4 Jangkitan Tempatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd