• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantu Kuil Hindu Atas Ajaran Islam – Ahli Parlimen PH Syerleena Sedih Dikecam Netizen

oleh Mynewshub
22/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Bantu Kuil Hindu Atas Ajaran Islam – Ahli Parlimen PH Syerleena Sedih Dikecam Netizen
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid mengakui berasa sedih dan tertekan ekoran kecaman daripada netizen.

Ia susulan kenyataannya bahawa tindakan beliau menyokong kerja-kerja pengubahsuaian kuil Hindu sebagai Ahli Parlimen Muslim adalah berdasarkan ajaran agama Islam.

Syerleena memaklumkan kerja-kerja pengubahsuaian di Kuil Sri Maha Kaliamman di Batu Gantong dilaksanakan melalui peruntukan pejabat beliau.

“Mengapa seorang Ahli Parlimen Muslim menyokong kerja-kerja pengubahsuaian di sebuah kuil Hindu?”

“Jawapannya mudah. Kerana agama saya mengajar saya tentang rasa hormat, belas ihsan dan tanggungjawab terhadap orang lain,” katanya menerusi hantaran di media sosial semalam.

Syerleena dalam hantaran itu menegaskan, beliau sebagai Muslim percaya bahawa khidmat kepada rakyat mesti dipandu oleh prinsip keadilan.

“Setiap rumah ibadat berhak mendapat perhatian. Setiap rakyat Malaysia berhak untuk dirasai kewujudan mereka dan menerima sokongan.

“Rumah-rumah ibadat bukan sekadar bangunan. Ia tempat komuniti berkumpul, tempat tradisi dipelihara, tempat orang ramai memperoleh ketenangan.

“Inilah Malaysia yang saya percaya sebuah negara di mana kita saling menghormati, saling mengambil berat, dan memastikan tiada komuniti yang tercicir. Jalan ‘teruih’,” katanya.

Bagaimanapun, dalam hantaran hari ini, Syerleena yang juga ahli DAP memberitahu lebih RM 1.2 juta telah disalurkan kepada masjid dan surau di Parlimen Bukit Bendera. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Syerleena Abdul Rashid

Tags: 60 Tahun: Perjalanan DAP di Wilayah PersekutuanAhli Parlimen MuslimAhli Parlimen Pakatan Harapanajaran islambantuBukit BenderaDAPhinduKerja-KerjakuilPengubahsuaianPHSyerleena Abdul Rashid
Share219Tweet137SendShare

Related Posts

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulangi dakwaan 'sakau' di Melaka sekiranya Pakatan Harapan (PH)...

‘Kita Nak Bawa Budaya Politik Baharu Yang Ada Akhlak, Yang Ada Adab’ – YB Sany Hamzan

‘Kita Nak Bawa Budaya Politik Baharu Yang Ada Akhlak, Yang Ada Adab’ – YB Sany Hamzan

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menegaskan Pakatan Harapan (PH) mahu membawa budaya politik baharu dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd