• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koronavirus: 34 Rakyat Malaysia Terpaksa Berada Di Wuhan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 34 rakyat Malaysia yang sepatutnya dijadualkan pulang bersama 107 yang lain dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana hari ini terpaksa berada di Wuhan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataannya berkata, sebilangan rakyat itu tidak dapat meninggalkan Wuhan kerana masalah logistik.

“Sebab utama adalah mereka berada di luar bandar Wuhan dan kesukaran mendapatkan kenderaan menuju ke bandar Wuhan atau ke lapangan terbang,” katanya.

Menurutnya, misi tersebut menggunakan pesawat AirAsia AK 8265 daripada Wuhan, China telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 6 pagi tadi dengan membawa pulang 133 orang.

“Jumlah itu termasuk lapan petugas misi, enam pegawai Kedutaan Besar Malaysia dan 12 kru penerbangan,” katanya.

Beliau berkata, sebaik mendarat mereka dibawa menaiki bas ke Unit Kecemasan Udara (ADU) untuk melalui tapisan kesihatan.

“Daripada 107 yang dibawa pulang dari Wuhan, seramai dua individu tidak melepasi tapisan kesihatan dan telah dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Pusat pemantauan di AKEPT, Bandar Enstek, Nilai.

Dr. Wan Azizah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (Nadma) berkata, seramai 105 individu telah dibawa menaiki bas ke Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang terletak di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

“Pusat Pemantauan ini akan diselia oleh petugas-petugas kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Di sini perhubungan adalah terhad kepada petugas kesihatan sahaja,” katanya.

Tambahnya, selain petugas kesihatan, tiada perhubungan dengan pihak luar dibenarkan termasuk ahli keluarga.

“Ahli keluarga atau sahabat handai diminta memahami situasi ini dan perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada pelaksanaan pemantauan ini.

“Untuk tujuan keselamatan, lokasi ini dikawal oleh pihak polis,” katanya.

Pusat pemantauan di AKEPT, Bandar Enstek, Nilai.

Menurutnya, saringan kesihatan akan dilakukan dua kali sehari bagi memastikan mereka benar-benar sihat dan boleh dibenarkan keluar setelah tamat proses pemantauan ini.

“Nadma sudah menghubungi keluarga terdekat bagi memaklumkan ketibaan mereka dan memberi penerangan berkaitan proses pemantauan yang perlu dilalui,” katanya yang turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat dengan misi tersebut.

Semalam, pesawat khas itu berlepas ke Wuhan jam 4.30 petang. – Sinar Harian

Tags: Chinakoronavirusrakyat Malaysiawuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd