• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Tanya, Siapa Menteri Dalam Kisah Roti John?

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuat naik gambar keratan akhbar mengenai kisah seorang menteri mengaitkan nama pegawai tinggi asing dengan roti john.

Beliau turut meletakkan satu persoalan pada keratan akhbar tersebut dalam Instagramnya (Insta Story), Menteri yang mana?

Keratan akhbar tersebut sebenarnya menceritakan tentang contoh seorang menteri yang tidak layak untuk memegang jawatan kerana mempunyai kedudukan dalam parti.

Penulis tersebut mendedahkan, tentang pertemuannya dengan seorang diplomat dalam satu majlis makan tengah hari.

Cerita diplomat itu, menteri terbabit bertemu dengan seorang pegawai tinggi asing yang dikenali sebagai John.

Menteri terbabit memberitahu pegawai tinggi itu bahawa di Malaysia terdapat sejenis makanan yang dikenali sebagai roti john.

“Jika anda ke negara saya, saya akan memasak roti john untuk anda,” kata menteri tersebut.

Menurut diplomat itu, pegawai tinggi berkenaan berkata kepadanya, walaupun ia adalah jemputan yang enak namun beliau tidak menganggap ia menarik kerana mesyuarat yang mereka hadiri itu berhubung dengan isu keselamatan yang serius.

Menurut penulis tersebut, kisah ringkas itu melucukan tetapi dia sendiri tidak pasti sama ada diplomat yang memberitahu cerita tersebut bergurau ataupun serius. – Sinar Harian

Tags: diplomatKhairy JamaluddinMenteripakatan harapanroti john
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Terima RM9.5 Juta ‘Mafia Korporat’ Itu Kenyataan Politik- PMX Anwar

Menteri Terima RM9.5 Juta ‘Mafia Korporat’ Itu Kenyataan Politik- PMX Anwar

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan seorang menteri menerima RM9.5 juta bagi menyelesaikan isu berkaitan...

‘Menteri Menangis Bukan Penyelesaiannya’ – Khir Toyo

‘Menteri Menangis Bukan Penyelesaiannya’ – Khir Toyo

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan tindakan menangisi tragedi membabitkan pelajar bukan penyelesaian, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd