• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Beri Nafas Baharu Dasar Persyarikatan Malaysia

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Kerajaan akan memberi nafas baharu kepada Dasar Persyarikatan Malaysia untuk memperkukuh lagi kerjasama di antara kerajaan dengan sektor swasta, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan Malaysia komited dalam usaha menyediakan persekitaran perniagaan yang stabil untuk para pelabur.

“Menerusi pelbagai agensi yang terlibat dalam menggalakkan pelaburan asing seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Invest KL dan Malaysia Digital Economy Corporation, kerajaan Malaysia telah menubuhkan organisasi yang diperlukan dan mengadakan kemudahan untuk melancarkan operasi pelaburan asing di Malaysia,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama semasa dialog anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Perancis Malaysia.

Selain itu kerajaan juga menumpukan usaha mewujudkan ekonomi stabil, melaksanakan disiplin fiskal dan tadbir urus yang baik, memastikan ketelusan dalam menjalankan perniagaan, menangani rasuah serta melancarkan pembaharuan institusi sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan pada Mei, 2018, katanya.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia diiunjurkan berkembang pada 4.5 peratus pada 2020 walaupun mengharungi tempoh sukar yang berlarutan.

“Berlandaskan disiplin fiskal yang baik, defisit belanjawan kami akan mengecil kepada 3.2 peratus tahun ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pengurusan bakat turut menjadi aspek yang amat penting.

“Pembangunan pendidikan merupakan satu keutamaan untuk memastikan negara dapat mewujudkan bakat Malaysia yang diperlukan bagi abad ke-21 atau era digital.

“Kami turut mengalu-alukan ekspatriat dan bakat asing ke Malaysia di samping menyediakan pelbagai pekerjaan serta pas kemastautinan kepada bakat berkemahiran tinggi dan pakar asing,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, banyak infrastruktur berkualiti telah siap dan dinaik taraf bukan hanya di Lembah Klang malah di Pulau Pinang, Johor dan negeri lain di Malaysia.

Sektor pembuatan pula bersedia sepenuhnya untuk menjayakan objektif Industri 4.0 (IR4.0) susulan pelancaran dasar nasional IR4.0, Dasar Industry4WRD, katanya.

“Kesimpulannya, Malaysia amat terbuka kepada perniagaan. Kami akan melaksanakan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang turut akan membuka peluang kepada syarikat asing untuk menyertai dan meraih manfaat (daripadanya),” katanya.

Dr. Mahathir berkata sektor perkhidmatan, termasuk kejuruteraan, aeroangkasa, peruncitan dan pelancongan, akan terus menyumbang kepada pewujudan Malaysia sebagai hab perniagaan serantau di samping menjadi destinasi pelancongan.

Malaysia menerima lebih 25 juta pelancong setiap tahun, katanya.

Beliau berkata Malaysia juga berperanan sebagai tuan rumah kepada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik bagi 2020.

“Justeru, saya ingin menggalakkan anda supaya mengambil bahagian dalam apa jua cara yang anda boleh. Kami akan mengadakan ekspo perdagangan, jadi anda boleh mengetengahkan produk anda kepada perniagaan dan pihak-pihak di negara ASEAN,” katanya.

Tags: Mahathir MohamadPelabur asingPerniagaansektor swasta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Formula Baharu Perniagaan Setiap Kerugian Adalah ‘Sakau’?

Adakah Formula Baharu Perniagaan Setiap Kerugian Adalah ‘Sakau’?

01/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings), Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya menyindir sama ada terdapat...

Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’

Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui kenaikan gaji minimum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd