• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Rakyat Malaysia Yang Sihat Dibawa Pulang Dari Wuhan

oleh
03/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya rakyat Malaysia di Wuhan, China yang sihat akan dibenarkan menaiki pesawat untuk dibawa pulang ke tanah air. Mereka kemudian akan menjalani kuarantin selama 14 hari sejurus tiba di negara ini, kata Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, berkata semua mereka Malaysia yang berada di Wuhan, diwajibkan menjalani tapisan kesihatan mengikut ketetapan kerajaan China di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.

Setakat ini seramai 132 individu terdiri daripada 108 rakyat Malaysia dan 24 bukan warga negara, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di China untuk dibawa pulang dari Wuhan.

“Misi (bawa pulang) ini disertai lapan petugas iaitu enam pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) dan seorang pegawai daripada Kementerian Luar Negeri (KLN).

“Pesawat AirAsia dengan 12 kru digunakan dalam misi ini. AirAsia sudah menetapkan tarikh penerbangan pada hari ini tertakluk kepada kelulusan Kerajaan China,” katanya dalam satu kenyataan.

Penerbangan itu juga akan membawa bantuan keperluan seperti penutup mulut, sarung tangan dan makanan yang tertakluk kepada senarai dipersetujui kerajaan China.

“Saya bertemu semua pegawai yang akan menyertai misi termasuk kru penerbangan untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kerajaan dan rakyat Malaysia khususnya keluarga yang terbabit atas pengorbanan mereka membantu membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan.

“Saya juga menasihati mereka menjaga kebajikan dan kesihatan mereka dan semua yang dibawa pulang,” katanya.

Sebaik tiba nanti, kata beliau, mereka yang dikesan mempunyai simptom akan terus dibawa ke hospital sementara manakala yang melepasi saringan akan dibawa dengan bas ke Pusat Pemantauan untuk tujuan pemantauan.

“Saya mendapati persiapan dan kelengkapan perubatan sudah disediakan sebaik mungkin untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.

“Saya sudah ke pusat pemantauan untuk meninjau bilik operasi, bilik penginapan dan fasiliti lain disediakan untuk semua 158 penumpang (termasuk lapan pegawai misi, 12 kru penerbangan dan enam pegawai daripada kedutaan Malaysia di Beijing) untuk menjalani pemantauan selama 14 hari,” katanya yang turut melawat Air Disaster Center (ADU).

Setakat ini, beliau berpuas hati dengan semua aturgerak dan persiapan dibuat, selain ucapan terima kasih kepada semua agensi yang terbabit khususnya KKM, AirAsia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM) dan NADMA.

“Marilah kita mendoakan misi ini berjalan lancar dan semua yang dibawa pulang dari Wuhan serta pasukan misi dan kru terbabit selamat,” katanya. – BH Online

Tags: Chinakoronavirusrakyat Malaysiawuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd