• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana Rakyat Malaysia Untuk Masjid Al-Aqsa Diseleweng?

oleh
18/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DANA bernilai jutaan ringgit yang disumbangkan rakyat Malaysia selama ini untuk Masjid al-Aqsa tidak pernah sampai kepada Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang mentadbir urus masjid berkenaan.

Difahamkan Malaysia antara negara aktif yang banyak menganjurkan kutipan dana Masjid al-Aqsa.

Perkara itu didedahkan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali yang berkata, pihaknya mengesan kepincangan itu sejak dua tahun lalu selepas menerima maklumat jabatan itu tidak memperoleh sebarang sumbangan yang sepatutnya disalurkan untuk pelbagai tujuan termasuk pembangunan dan pembebasan Masjid al-Aqsa.

“Kami difahamkan oleh jabatan itu, sumbangan dana rakyat Malaysia selama ini tidak pernah sampai kepada mereka.

“Perkara ini juga disahkan Imam Masjid al-Aqsa sendiri yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini mendedahkan mereka tidak pernah terima dana sumbangan rakyat Malaysia sejak sekian lama.

“Kita juga mempunyai bukti memang wujud penyelewengan ke atas dana Palestin dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang diketuai Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar di Balai Berita, hari ini.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit; Pengarang Kumpulan New Straits Times, Ahmad Lokman Mansor dan Pengarang Eksekutif Kandungan & Digital Berita Harian, M Thillinadan serta Pengerusi dan Pengasas Yayasan MyAqsa, Suwardi Yaacob.

Susulan penemuan itu, beliau meminta rakyat Malaysia sentiasa berwaspada dengan penipuan aktiviti mengutip dana yang mempergunakan nama Masjid al-Aqsa.

“Saya rasa rakyat Malaysia yang selama ini menderma, tidak menyedari sumbangan mereka tidak pernah sampai kepada pengurusan Masjid al-Aqsa.

“Jadi kita berharap rakyat Malaysia perlu ambil tahu ke mana perginya sumbangan mereka itu,” katanya.

Katanya, sebarang sumbangan dana untuk Masjid al-Aqsa hanya melalui Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang ditadbir urus Kementerian Wakaf Jordan dan pihak berkuasa Palestin. – myMetro Online

Tags: Masjid Al-AqsaPalestinrakyat Malaysiaseleweng dana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd