• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

oleh
18/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pelakon, Ashraf Sinclair, 40, suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.

Portal berita KOMPAS.com melaporkan, perkara itu disahkan pengurus BCL, Doddy.

“Serangan jantung,” kata Doddy, melalui pesan ringkas awal pagi ini.

Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta.

Berita kematian Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, itu mengejutkan banyak pihak dan laman Instagram arwah dibanjiri ucapan takziah.

“Semoga dipermudah semua urusannya, semoga dikuatkan keluarganya. Still can’t believe this is happening,” tulis pelakon Dian Sastrowardoyo melalui akun Instagram @therealdisastr.

Begitu juga di laman Instagram BCL, di mana ramai rakan artis menyampaikan ucapan takziah.

Ashraf dilahirkan di London, England pada 18 September 1979.

Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Ashraf kemudian berkahwin dengan BCL pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Ashraf Sinclair kemudian meneruskan kariernya di Indonesia dan popular menerusi filem komedi romantis, Saus Kacang, pada 2008 dan beberapa siri sinetron (drama bersiri).

Perkahwinannya dengan BCL dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair. – Agensi

Tags: ashraf sinclairIndonesiameninggal duniaserangan jantung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebelum ini terdapat menteri meninggalkan kekayaan sebanyak RM4 bilion apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd