• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Puas Hati Penjelasan Mahathir

oleh
24/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berhubung kecelaruan politik tanah air yang berlaku ketika ini.

Ditemui media di pekarangan ibu pejabat PKR di sini sebentar tadi, Anwar berkata, perjumpaan beliau dan Dr. Mahathir pagi tadi berjalan dengan baik.

“Baru (pulang) dari rumah Dr. Mahathir. Bincang beberapa perkara. Saya puas hati dengan pendirian dia bahawa prinsip harus kita utamakan. Agenda reform harus diteruskan,” katanya.

Hadir mengiringi beliau, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata, semua pihak tidak seharusnya tunduk dengan gerombolan kecil pemimpin yang mahu mengkhianati amanah rakyat pada pilihan raya lalu.

“Itu yang saya boleh sebut setakat ini. Mesyuarat (perjumpaan) yang sangat baik.

“Saya terkesan dengan sikap dan pendirian beliau tentang perubahan dilakukan, tidak tunduk kepada gerombolan yang mahu merampas kuasa tanpa menetap agenda perubahan,” katanya.

Anwar kini sedang mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, di ibu pejabat parti itu di sini. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd