• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

oleh Mynewshub
24/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di negara ini supaya membawa Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani berkunjung ke Malaysia.

Permintaan itu disampaikan Maszlee ketika menghadiri jamuan tengah hari bersama Kuasa Usaha Kedutaan AS di Kuala Lumpur, David “Chip” Gamble yang turut disertai Senator Dr Jufitri Joha serta wakil-wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR)

“Di akhir bicara, saya hanya kemukakan satu permintaan kepada mereka, bawakan Zohran Mamdani, Datuk Bandar New York ke Malaysia,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Maszlee berkata, Kedutaan AS kemudian menawarkan beberapa nama Datuk Bandar beragama Islam lain, khususnya mereka yang pro-Presiden AS, Donald Trump.

Namun, beliau menegaskan minat rakyat Malaysia terhadap Mamdani, pada pandangannya, bukan disebabkan latar belakang agamanya semata-mata.

Sebaliknya, Maszlee berkata, ia berkait dengan pendirian Mamdani mengenai isu Palestin, pendekatan politiknya yang menurut beliau berjaya menarik perhatian Generasi Z (Gen Z), selain sikap yang disifatkannya sebagai berprinsip dan tulen.

“Bagi saya Mamdani adalah jambatan kedamaian antara AS dengan dunia, dan juga AS dengan Gen Z global,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr Maszlee Malik

Tags: bawaDatuk Bandar New YorkKedutaan ASMalaysiaMintaPKRZohran Mamdani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil PKR, Kedutaan AS Berseloroh Isu ‘Tawaran Bantuan’ Kepada PAS

Wakil PKR, Kedutaan AS Berseloroh Isu ‘Tawaran Bantuan’ Kepada PAS

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mendedahkan beliau dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sempat berseloroh...

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan kejayaan transformasi Battersea Power Station di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd