• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Gadis Rebah Bukan Kerana Koronavirus

oleh
28/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Ahli keluarga kepada gadis yang rebah dan meninggal dunia di sebuah kedai di Shah Alam Ahad lalu, tampil menafikan kematian mangsa akibat koronavirus seperti yang ditularkan di laman sosial.

Allahyarham Nur Izzah Izzati Norazlan, 20, meninggal dunia ketika membeli aksesori telefon bimbit di tempat kerjanya di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Bapa saudara mangsa, Muhamad Hafiz Abdul Karim berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.09 petang akibat serangan jantung.

Menurutnya, laporan bedah siasat itu dikeluarkan oleh doktor dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang yang merawat Allahyarham.

“Saya amat bersedih dengan video dan status Facebook yang ditularkan netizen. Ada yang kata anak buah saya meninggal kerana virus itu menyebabkan ramai yang menghubungi keluarga untuk bertanya.

“Saya tengok video yang tular tu pun saya bertambah sedih. Mohon doakan yang baik-baik sahaja untuk arwah,” ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sehubungan itu, Muhamad Hafiz meminta orang ramai menghentikan berita palsu itu kerana bimbang berlaku salah faham terhadap keluarganya.

Allahyarham Nur Izzah Izzati meninggal dunia ketika membeli aksesori telefon bimbit di tempat kerjanya di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan arwah rebah yang dikatakan akibat koronavirus tular sejak semalam. – Sinar Harian

Tags: gadiskoronavirusmeninggal duniaTular
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Koronavirus: Pasar Tomohon Lebih Ekstrim Dari Wuhan

Next Post

Siasatan Ke Atas Ramasamy Berhubung LTTE Masih Berjalan

Related Posts

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Berita Tular Bayi Kembar Diculik ‘Doktor’ Tidak Benar – JKNP

Berita Tular Bayi Kembar Diculik ‘Doktor’ Tidak Benar – JKNP

12/04/2025
3

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menafikan dakwaan tular berhubung sepasang bayi kembar yang kononnya dirawat selama sembilan bulan...

Next Post

Siasatan Ke Atas Ramasamy Berhubung LTTE Masih Berjalan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd