• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shell Jamin Tiada Gangguan Bekalan Minyak

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Shell Malaysia memberi jaminan tidak akan ada gangguan bekalan minyak dalam pasaran tempatan berikutan serangan roket di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq, yang menambah lagi ketegangan di Timur Tengah.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Shairan Huzani Husain berkata, Shell beroperasi di dalam persekitaran yang selamat di Malaysia dan akan terus memastikan operasinya di negara ini berjalan lancar.

“Peranan kami di Malaysia adalah untuk memastikan operasi perkhidmatan pelanggan yang lancar serta tiada gangguan bekalan,” katanya kepada pemberita semasa pemberian percuma pertandingan ‘Shell Malaysia Rewards Malaysians with Ekstra RM20,000’ di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai serangan roket di pangkalan tentera di Iraq yang menimbulkan spektrum konflik ketenteraan yang semakin memuncak di rantau yang kaya dengan minyak itu.

Serangan tersebut dibuat, beberapa jam selepas pengkebumian seorang komander tertinggi Iran, Jeneral Qassem Soleimani, yang terbunuh dalam serangan dron AS di Baghdad pada minggu lepas.

Menurut Shairan Huzani lagi, Shell mempunyai lebih daripada 950 stesen di Malaysia yang memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 10 juta pelanggan setiap minggu.

“Dalam tahun-tahun yang akan datang, kami akan terus komited untuk meningkatkan bilangan stesen iaitu daripada 950 stesen kepada 1,000 stesen atau lebih banyak lagi,” katanya.

Beliau menjelaskan Shell Malaysia akan terus mengikut kehendak pelanggan tetapi tidak mempunyai angka tertentu mengenai stesen yang ingin dicapai pada akhir 2020.

Shairan Huzani juga tidak memberikan sebarang maklumat jelas mengenai perbelanjaan modal, dan hanya menyatakan bahawa Shell Malaysia akan terus melabur di negara ini kerana rakyat Malaysia berhak mendapat semua kemudahan yang disediakan oleh gergasi minyak dan gas global itu.

Sementara itu, harga minyak terus meningkat selepas berlakunya babak baharu dalam tindakan ketenteraan di antara Washington dan Tehran, menyebabkan pasaran saham dunia termasuk Bursa Malaysia merosot.

Tags: Amerika SyarikatMinyak PetrolShell Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Indonesia Kerah Kapal Perang, Jet Pejuang Ke Natuna

Next Post

Influenza: KPM Pantau Wabak, Tentu Penutupan Sekolah

Related Posts

Isu Tarif Naik: China Mulakan Tindakan Undang-undang Terhadap AS

Isu Tarif Naik: China Mulakan Tindakan Undang-undang Terhadap AS

04/03/2025
3

BEIJING - China telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Amerika Syarikat (AS) di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)...

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

02/03/2025
0

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengisytiharkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika Syarikat (AS), sebagai langkah untuk membawa...

Next Post

Influenza: KPM Pantau Wabak, Tentu Penutupan Sekolah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd