• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Kerah Kapal Perang, Jet Pejuang Ke Natuna

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Indonesia telah menghantar jet pejuang dan kapal perang ke pulau rondaan berhampiran Laut China Selatan susulan ketegangan yang semakin meningkat dengan Beijing.

Hari ini, Presiden Joko Widodo atau Jokowi akan menuju ke perairan kaya dengan perikanan di sekitar kepulauan Natuna terletak berhampiran Laut China Selatan yang kebanyakannya dituntut oleh China meskipun bersaing dengan tuntutan negara Asia Tenggra lain.

Menurut tentera Indonesia, ia telah mengerahkan lapan kapal perang dan empat jet pejuang menjelang kunjungan Jokowi dalam usaha untuk menegaskan kedaulatannya di rantau itu.

“Sebuah kapal pengawal pantai China turut dikesan berhampiran pulau berkenaan,” kata jurucakap Tentera Laut Indonesia, Fajar Tri Rohadi.

Difahamkan, tindakan itu adalah susulan penempatan sekitar 600 anggota tentera laut, udara dan darat ke Natuna Jumaat lalu selepas ketenteraan melancarkan rondaan rutin untuk mengamankan kawasan tersebut berikutan kehadiran kapal asing di perairan Indonesia.

Jakarta juga akan menghantar ratusan nelayan ke kawasan terbabit untuk memerhatikan kapal asing.

Minggu lalu, Indonesia memanggil Duta Besar China dan membantah tindakan kapal pengawal pantai Cina yang mengiringi not nelayan China di sekitar pulau itu pada pertengahan bulan lalu.

Beijing bagaimanapun menegaskan ia mempunyai hak bersejarah di rantau tersebut dan bot nelayannya menjalankan aktiviti sah dan munasabah.

Minggu ini, Kementerian Luar China memberitahu pertikaian itu ditangani secara diplomatik.

“China dan Indonesia telah berkomunikasi mengenai perkara ini melalui saluran diplomatik. Kedua-dua negara bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan serantau,” jelas jurucakap kementerian, Geng Shuang.

Shuang turut menyifatkan Jakarta dan Beijing sebagai rakan strategik yang komprehensif. – Agensi

Tags: ChinaIndonesialaut china selatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd