Thursday, June 13, 2024

Creating liberating content

Indeks Harga Pengguna Naik...

KUALA LUMPUR - Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan Disember 2019 meningkat 1.0...

Kelantan Harap Kerajaan, Petronas...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan berharap wakil Petronas dan kerajaan persekutuan hadir ke...

TMJ Kecewa, Minta Penyokong...

PETALING JAYA - Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Tunku Mahkota Johor, Tunku...

PAS Pulau Pinang Nafi...

GEORGETOWN – Ceramah rakyat di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya yang membabitkan BN dan...

Influenza: KPM Pantau Wabak, Tentu Penutupan Sekolah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti perkembangan terkini wabak influenza A di semua institusi pendidikan khususnya di sekolah.

Sehingga kini, KPM menerima laporan penutupan sekolah-sekolah di Pulau Pinang, Selangor dan beberapa buah negeri lain susulan beberapa murid disahkan positif influenza A.

KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan pemantauan berterusan di sekolah-sekolah terlibat.

“KPM juga mengingatkan pihak sekolah supaya mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengawalan Penularan Wabak Influenza A dikeluarkan.

“Operasi penutupan sekolah hanya akan dibuat setelah mendapat nasihat daripada pihak KKM,” katanya.

KPM dalam kenyataannya turut mengingatkan sekolah untuk memantau murid atau warga sekolah yang dijangkiti wabak terbabit.


Menurutnya, sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan, mangsa perlu diasingkan, berhubung dengan ibu bapa untuk dihantar pulang bagi mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital.

“Pengetua dan guru besar hendaklah sentiasa mewujudkan kesedaran penyakit ini kepada semua warga sekolah dengan mengamalkan amalan kebersihan diri yang sempurna,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, ibu bapa juga diharap peka terhadap kesihatan anak-anak dan tidak menghantar anak yang sakit ke sekolah.

“KPM memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas dan serius bagi memastikan kesihatan murid-murid dan warga sekolah sentiasa terjamin,” katanya. – Sinar Harian

Kategori