• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pernah 3 Kali TH Minta Naik Caj Haji Tapi Najib Tolak

oleh
26/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) diminta tampil menjelaskan spekulasi tentang kenaikan tambang dan pengurangan subsidi mengerjakan haji bagi meredakan keresahan rakyat.

Ini kerana, berdasarkan sumber-sumber dalaman Tabung Haji, organisasi itu sepatutnya mengumumkan kadar caj baru haji yang berbeza-beza berdasarkan jemaah rayuan dan kali pertama pada Jumaat lalu.

Dalam kenyataan sebentar tadi, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki mendedahkan Tabung Haji telah memanggil mufti-mufti untuk menerangkan rasional mengapa caj haji dinaikkan dan subsidi dikurangkan.

Beliau mendakwa perkara itu didedahkan oleh seorang mufti yang hadir dalam majlis yang dianjurkan TH baru-baru ini.

Namun, Asyraf bersyukur  kesemua mufti dengan tegas membuat pendirian tidak mahu dijadikan alat untuk memperakui agenda pengurangan subsidi dan kenaikan caj haji.

“Alhamdulillah, Syabas dan Terima Kasih kepada Ashabus Samahah Mufti-mufti yang tegas membuat pendirian untuk tidak mahu dijadikan alat oleh pihak YB Dr. Mujahid Yusof Rawa dan pengurusan Tabung Haji bagi memperakui AGENDA MENGURANGKAN SUBSIDI JEMAAH HAJI DAN MENAIKKAN CAJ HAJI tahun ini.

“Maklumat yang diperolehi daripada salah seorang Mufti yang hadir, mereka dipanggil oleh Tabung Haji untuk menerangkan rasional kenapa CAJ HAJI harus dinaikkan dan SUBSIDI HAJI hendak dikurangkan,” katanya melalui kenyataan di Facebook.

Lantaran itu, beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusoff supaya kembali menghayati falsafah dan matlamat penubuhan Tabung Haji, yang antara lainnya untuk membantu menyempurnakan keperluan jemaah menunaikan ibadah rukun kelima.

Ia termasuklah mengurangkan beban tanggungan mereka untuk menunaikan haji.

“Usahlah sewenang-wenangnya nak menggunakan isu istito’ah (kemampuan) bagi menghalalkan pengurangan subsidi haji,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, semasa kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional pernah tiga kali Tabung Haji memohon untuk menaikkan caj tetapi tidak pernah dipersetujui oleh Datuk Seri Najib Razak.

Malah, tegasnya, tidak pernah mufti-mufti dipanggil untuk ‘endorse’ atau iktiraf agenda pengurusan untuk menaikkan kos atau caj haji. – MalaysiaGazette

Tags: kadar caj hajiMuftisubsidi hajiTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd