• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mahu Bawa Pulang 78 Rakyat Dari Wuhan

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan sedia membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan, China dengan segera, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, Kementerian Luar ditugaskan bagi memohon kebenaran China, untuk membolehkan kerajaan mengambil rakyat negara ini dari bandar raya itu yang kini ditutup susulan penularan wabak coronavirus atau 2019-nCoV itu.

“Mereka (rakyat Malaysia itu) sekarang tidak boleh keluar dari Wuhan, tetapi kita ingin berbincang dengan kerajaan China supaya rakyat kita yang tidak dijangkiti boleh pulang ke Malaysia dengan pesawat.

“Sebelum ini, Kerajaan Jepun dapat membawa pulang rakyat mereka dari wilayah berkenaan selepas mendapat kebenaran dari China.

“Menteri Luar akan segera meminta kebenaran daripada kerajaan China untuk membolehkan kita membawa masuk pesawat bagi membawa pulang rakyat kita,” katanya dalam satu sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet, di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut Dr. Mahathir berkata, semua rakyat Malaysia itu jika dibawa pulang kelak, akan diperiksa dan disaring terlebih dulu sejurus tiba di negara ini.

Katanya, jika ada bukti yang mereka telah dijangkiti coronavirus atau telah duduk dalam tempoh yang lama di sana, maka mereka akan dikuarantin di hospital kerajaan.

“Mereka semua boleh dikuarantin sehingga 14 hari, bagi memastikan kesihatan masing-masing tidak bertambah lebih buruk akibat coronavirus ini.

“Kita juga telah diberitahu, rakyat kita di sana berdepan masalah kekurangan makanan apabila bekalan di Wuhan semakin menyusut. Malah ada yang mempunyai stok bekalan cukup untuk empat hari sahaja.

“Kita turut berminat membantu Wuhan. Jadi kalau dibenarkan hantar pesawat bagi mengambil rakyat kita oleh kerajaan China, kita akan membawa makanan, sarung tangan dan topeng muka untuk diberikan kepada penduduk di sana,” katanya.

Mengulas keadaan kesihatan semua rakyat Malaysia yang berada di Wuhan ketika ini, Dr. Mahathir berkata, setakat ini kesemua 78 mereka disahkan tidak dijangkiti dengan coronavirus. – BH Online

Tags: Chinacoronavirusrakyat Malaysiawuhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pegawai Bank Mahu Batal Saman Najib

Next Post

UAE Sahkan Kes Pertama Koronavirus

Related Posts

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra

17/06/2025
0

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang berada di Iran dinasihatkan untuk meninggalkan negara tersebut serta-merta melalui apa jua kaedah selamat...

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Next Post

UAE Sahkan Kes Pertama Koronavirus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd