• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koronavirus: Pasar Tomohon Lebih Ekstrim Dari Wuhan

oleh
28/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SULAWESI – Nama pasar Tomohon tiba-tiba menjadi perbualan hangat warganet setelah pasar haiwan eksotik Wuhan dikaitkan dengan wabak koronavirus yang meragut nyawa puluhan rakyat negara itu.

Ini kerana pasar Tomohon Sulawesi Utara (Sulut) juga menjual pelbagai daging haiwan liar seperti, kelawar, kucing, tikus hutan, ular, anjing, babi hutan bahkan orang utan.

“Bayangkan di sini masih ada penduduk yang makan orang utan. Memangnya di daerah ini terlalu sukar mendapatkan makanan, mungkin itu cara mereka dapatkan sumber makanan,” ujar Susan, penduduk Tomohon kepada portal Manado.

Bagaimanapun pasar Tomohon yang dibuka Isnin hingga Sabtu telah ditutup oleh pihak berkuasa susulan wabak koronavirus.

Ketua Makmal Kesihatan Haiwan dan Makmal Kesihatan Masyarakat, Pejabat Pertanian dan Penternakan Sulawesi Utara, Hanna Tioho berkata, penutupan pasar itu telah dilaksanakan sebelum wabak itu merebak di sini.

“Sebelum merebak, kita sudah laksanakan pencegahan awal. Oleh itu, kami berharap masyarakat dapat memahami bahawa makanan tersebut tidak boleh dimakan.

“Pengawasan masih dijalankan seperti biasa dan berharap wabak itu tidak merebak di sini,” katanya, lapor Detik News.

Dalam pada itu, netizen mengecam tindakan peniaga di pasar Tomohon kerana perbuatan itu sungguh kejam kerana menganiaya haiwan.

“Banyak lagi benda boleh makan, itu juga kamu nak telan,” ujar Azihan.

Kata Izat, “Memang daerah itu sahaja yang makan makanan seperti itu, jangan samakan dengan penduduk di daerah lain.”

Bagi Hailah_ila pula, dia tidak menyangka terdapat pasar haiwan eksotik di Sulawesi.

“Tular di laman sosial tentang pasar Wuhan tapi tak sangka di Indonesia ada pasar yang sama iaitu pasar Tomohon. Sungguh mengelikan!” katanya.

Terdahulu, pakar dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC) berjaya mengasingkan sejumlah besar kuantiti novel wabak koronavirus adalah dari sampel alam sekitar yang didapati dari pasar makanan laut eksotik di Wuhan, China.

Kejayaan itu memberi petunjuk bahawa virus yang kini telah meragut lebih 80 nyawa itu berasal dari daging haiwan liar yang dijual di pasar itu. – Agensi

Tags: Chinahaiwan eksotikIndonesiakoronavirusTomohonwuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd