• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koronavirus: 8 Warga China Dikuarantin Di Johor

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lapan warga China yang tiba bersama seorang mangsa positif wabak koronavirus di Singapura telah dikuarantinkan di sebuah hotel di Johor.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, kesemua pelancong itu yang tiba di negara semalam, telah diasingkan dan dipantau lanjut oleh pasukan kesihatan.

“Mereka diasingkan di sebuah hotel di Johor Baharu dan sedang dipantau sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu.

“Mereka bukanlah pesakit tetapi kita perlu melihat sama ada berlakunya tanda-tanda simptom atau tidak kerana mereka ada kaitan dengan kes dari mangsa di Singapura itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Boon Chye mengesahkan negara masih lagi bebas daripada wabak itu.

“Semalam dilaporkan empat kes disyaki virus itu dan kesemuanya telah diperiksa dan bebas daripada koronavirus setakat ini.

“Kita akan terus membuat saringan supaya tindakan awal dapat diambil sekiranya ada kes sedemikian melepasi sempadan.

“Kita akan pertingkatkan peralatan untuk saringan suhu badan di semua lapangan terbang dan pintu masuk negara,” katanya.

Semalam, media Singapura melaporkan seorang warga China diuji positif sekali gus menjadi mangsa pertama wabak koronavirus di negara seberang tambak itu.

Lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan, China tiba di Singapura bersama sembilan rakan lain, pada Isnin dan menginap di Resort Shangril-La Rasa Sentosa.

Laporan itu turut menyebut lapan individu dari kumpulan yang tiba bersamanya ke Singapura sudah pun berangkat pulang dari negara berkenaan dan kementerian sudah menghubungi pihak berkuasa negara yang mereka tujui. – Sinar Harian

Tags: ChinaJohorkoronavirusSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd