• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Meningkat, China Beri Amaran Virus Korona

oleh
22/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – China hari ini memberi amaran virus korona baharu seperti SARS yang telah meragut sembilan nyawa dan menjangkiti ratusan individu serta kini merebak ke negara lain mungkin boleh mengalami mutasi.

Timbalan Menteri Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Li Bin berkata, keadaan itu berkemungkinan berlaku kerana virus tersebut disebarkan melalui saluran pernafasan.

Sehingga kini, pihak berkuasa kesihatan masih belum dapat mengenal pasti sumber sebenar virus yang menyebabkan radang paru-paru dan telah menjangkiti 440 individu di 13 wilayah dan majlis perbandaran.

“Kami akan meningkatkan usaha penyelidikan untuk mengenal pasti sumber dan penyebaran penyakit tersebut,” ujar Bin.

Kebimbangan semakin meningkat selepas pakar terkenal daripada Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengesahkan virus terbabit boleh disebarkan antara manusia.

Bagaimanapun, penyelidik tidak menolak kemungkinan haiwan sebagai sumber utama virus terbabit memandangkan Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan menjadi lokasi pertama dikenal pasti untuk penyebaran wabak tersebut.

Ketika ini, kebanyakan negara sedang mempertingkatkan usaha untuk membendung penularan virus korona (2019-nCoV) tersebut selepas ia kini merebak di beberapa negara Asia.

Semalam, Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kes pertama virus baharu tersebut membabitkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang tinggal berhampiran Seattle di Washington.

Difahamkan, dia kini dimasukkan ke hospital untuk terus dipantau sebagai langkah berjaga-jaga. – Agensi

Tags: ChinamutasiSARSvirus korona
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd