• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Muassasah Kekal Bayar RM9,980 – Mujahid

oleh
31/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jemaah haji muassasah kekal membayar RM9,980 bagi musim haji 1441H/2020M daripada kos sebenar haji sebanyak RM22,900.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, baki RM12,920 bagi setiap jemaah akan ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bagi kesemua 31,600 orang, menjadikan kos keseluruhan ditanggung TH sebanyak RM408.2 juta.

“Ini tidak termasuk kos-kos lain yang ditanggung TH seperti penganjuran kursus haji perdana sebanyak kira-kira RM70 juta.

“Jemaah haji muassasah kekal bayar RM9,980 seperti mana 10 tahun lepas. Kalau kita bandingkan pada 2009, kos sebenar haji hanya kira-kira RM12,000 dan ia meningkat setiap tahun,” katanya pada sidang media selepas Majlis Prapelancaran Residensi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini.

Mengulas desakan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dalam TH, Mujahid berkata, RCI sepatutnya ditubuhkan bagi menyelesaikan isu-isu yang dianggap ‘misteri’.

Berlainan dengan isu-isu berkaitan TH, beliau berkata, ia telah dikenal pasti selepas audit dilakukan oleh PriceWaterHousecoopers, malah laporan polis mengenainya telah dibuat dan kes kini dalam siasatan polis.

Mengenai Residensi MAIWP, Mujahid berkata, pembinaannya dijadual bermula pada hujung tahun ini selepas proses tender selesai. 

Pangsapuri dengan 360 unit berkenaan dicadang dibina di atas tanah milik MAIWP di Taman Pelangi Jaya, Gombak. Berkeluasan 83.6 meter persegi, setiap unit tiga bilik tidur itu dicadang dijual di bawah harga RM300,000 dengan keutamaan diberikan kepada golongan B40, asnaf dan warga MAIWP sendiri yang berpendapatan rendah.

“Setelah buat tender dan sebagainya, bolehlah kita lihat projek ini bermula dengan harapan kita dapat menyumbang kepada dasar rumah mampu milik yang hari ini kerajaan sedang cuba habis-habisan untuk memenuhi kuota satu juta perumahan untuk rakyat yang merupakan projek penting bagi menyediakan kehidupan selesa kepada rakyat.

“Sebenarnya kita ada tanah-tanah lain yang sedang juga dilihat. Kita sedang perhatikan dan kita jangka banyak lagi tanah-tanah MAIWP ini akan dibangunkan,” katanya.

Kerajaan Pakatan Harapan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 berjanji menyediakan satu juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun pemerintahannya.

Tags: jemaah hajimuassasahTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd